Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah pelbagai ura-ura kedengaran, akhirnya hari ini, Apple telah pun memperkenalkan secara rasminya tablet daripada mereka yang mana dikenali dengan nama iPad yang mana membawakan skrin seluas 9.7-inch dengan fungsi skrin sentuh, dan seberat 1.5 pounds.

Apple iPad Di Perlihatkan
Sepertimana yang kedengaran sebelum ini, iPad boleh dikatakan sebagai iPhone versi besar, yang mana iPad turut sama menggunakan sistem operasi iPhone yang dipertingkatkan. Sekiranya anda mengaktifkan penulisan pada iPad, sebuah papan kekunci QWERTY pada skrin akan muncul, membolehkan anda menaip dengan mudah menggunakan fungsi skrin sentuh.

Papan Kunci Pada Skrin iPad [via]
iPad menggunakan cip 1GHz Apple A4, serta didatangkan dengan ruangan storan antara 16GB sehingga 64Gb, serta sokongan WiFi dan juga Bluetooth dan berfungsi sepenuhnya pada skrin sentuh. iPad juga mampu bertahan sehingga 10 jam dengan menggunakan tenaga bateri sahaja. Pelbagai aplikasi juga sudah pun dibangunkan untuk Apple iPad ini, dan ianya didatangkan dengan beberapa aplikasi asas seperti Safari, iPod, Maps, YouTube, iTunes Store, App Store dan banyak lagi.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
sket lagi dak2 skolah kt mesia pakai ipad je la
wow menarik.. mcm kindle pun ada.. brapa la harga dia ek..
hoho blh bygkan harga ms mula2 kuar pasaran, mesti bapak mahal
nama sangat huduh.. macam tuala wanita.. kahkah..
Nama dah fail mcm kj kata,mcm nm lampin.tapi aku kata we will see it,becÄuse steve job always doing a good job.
huh, best gila…terliur aku tgk…kena dapatkan satu ni. mudah nak wat keje.
kalu tengok kat official site cakapstart from $499…maknanya dalam seribu ke 2 ribu kot…neway, benda ni memang cool giler…dalam CSI aku tengok banyak pakai macam benda alah nie…
kalu harga bawah 2k, kompom banyak orang malaysia pakai nie…
ehehhehe…
tad ad ka astro byon yg kna jual. mcm mna lau yg lum pernah beli atro
Peh.. X lama lagi memang budak2 skolah pun pkai iPad ni jer lah.. X lama lagi dekstop org x layan dah.. Ekekeke..
tak ada idea lain ke untuk name die? haihss.. iSlate dah cukup mantap dah =)
wah..
mcm ipod touch yg terlebih makan..
gempak sioottt…. tp kompom beriban2 nih.. mcm iphone yg dibesarkan pki lampu suluh doremon tuh
jadi kontroversi benda ni..fujitsu marah tak puas hati, syarikat china pun marah gak…apa la apple nih…
i pad memng gempak siut……
ak pn nk 1 gak……
jnji cool……
Harga sebuah iPad dianggarkan USD 700, kalau dah teringin beli je….. Tak payah dah bawak Laptop yang berat2 tu……. guna je benda ni mesti masyukkkk!!!!