24Jan

Blog Kini Menjadi Cabaran Para Artis

Web 2.0

Jikalau sebelum ini blog menjadi cabaran bagi para ahli politik dan parti-parti tanahair sehingga membawakan gelombang baru pada pilihan raya yang lalu, kini, ianya turut menjadi cabaran yang kuat bagi para artis tempatan dengan pertumbuhan blog-blog berkaitan artis dan hiburan dari hari ke hari.

Kini, kebanyakkan artis bimbang dengan pertumbuhan blog, dan malah ada yang membandingkan mereka dengan wartawan hiburan lain, serta mempersoalkan kebebasan menulis mereka yang dikatakan tidak beretika. Sebelum ini, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Rajak sendiri telah memperkenalkan etika menulis blog, dan menyuruh jurublog mengguna-pakai etika tersebut dalam penulisan harian mereka.

Mungkin untuk mengatasi masalah ini, para artis kita turut perlu mengikuti jejak langkah ahli politik tempatan dengan mulakan blog mereka masing-masing, yang mana kini ianya telah menjadi amat mudah sekali. Malah, dengan adanya blog mereka sendiri, mungkin mereka dapat mengatasi komen-komen ke atas diri mereka dengan lebih professional, dan tidak lagi perlu menunggu para wartawan yang bertauliah untuk datang menemu-ramah mereka seperti sedia kala.


Kemaskini Kepada WordPress 2.7.1 Secara Automatik
MentariWorks Melepaskan Kod Sumber FeedMalaya Kepada Umum
Pemfailan Cukai Melalui Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan
Dana Belia 1Malaysia Selepas Setahun - Adakah Projek Yang Dihasilkan Berguna Ataupun Sebaliknya?
Facebook Kini Membolehkan Anda Bermain Pada Bahagian News Feed

25 Komen

  1. syin pada 24 Jan 2010

    hahaha…bila artis dah ada blog sendiri nanti…br blh merepek lat blog sendri…hAHAHA

  2. RotiKaya pada 24 Jan 2010

    silap besar awal ashaari :) silap besar..

  3. fadzioriq pada 24 Jan 2010

    kalau blog gosip bwat fitnah, saman je~bukan susah~

  4. Khai pada 24 Jan 2010

    Heh.. Beza wartawan bertauliah dgn tak bertauliah, wartawan bertauliah ni mengampu artis je lebih.. artis yang baik dgn dia, keluarkan cerita yang baik je.. artis yang kerek dgn dia, keluarkan artikel yang palat..

    berbeza… yang underground ni lebih telus… everything n anything.. baik buruk artis, terimalah seadanya.. Wohha!!

    • ejam pada 25 Jan 2010

      btol jugak nie…nk plak wartawan MELODI, tersangatlah hampeh…
      sebuah rancangan lakonan…kalau minggu tu artis tertentu tu jd bahan dlm MELODI makanya akan adalah projek artis tu dgn MEDIA PRIMA…lebih kepada nak promosikan rancangan yg akan keluar…sungguh drama btol…

  5. Anarm pada 24 Jan 2010

    bende yg betol, disalahkan.. bende yg salah, dibetolkan.. semata-mata utk kepentingan.. tanpa kira dosa pahala setiap perbuatan..

  6. hydir pada 24 Jan 2010

    diorang update ke nanti?
    ke nanti blog artis nanti digunakan utk “counter” isu2 yg terdapat pd blog hiburan lain?

    wait n see … kalo artis tu bleh menjadi idola xpe .. skrg ni bnyk sgt artis2 yg perasan dan tak hengat dunia .. errr … x hengat akhirat .. tu yg cerita ngarut2 diorang kluar tu :P

  7. beautifulnara pada 24 Jan 2010

    salam
    pendapat saya yang tak tak ada etika kewartawanan nie, artis Malaysia nie takut dengan bayang-bayang sendiri. dulu tak ada blog-blog artis yang cerita pasal lifestyle diorang so memang bestlah diorang suka hati mak ayah diorang buat apa-apa pun. tapi sekarang nie nak telan air tut tue pun takleh dah. takut gambar kantoi. so at least ok kot ada blog-blog artis nie. kasik diorang seram skit.. hehe

  8. Wan Perlis pada 24 Jan 2010

    konferm la blog artis ni lambat update.haha

  9. HOT ZOOM pada 24 Jan 2010

    kalau dah takut kena gosip panas jangan jd artis la……macam aku bukan artis tak de la org nak gosipp hehehe

  10. Eriyza pada 24 Jan 2010

    Bila artis wat belog, maka makin byklah
    petelingkahan belaku sbb memasing sibuk
    nak bela diri dan salahkan pihak lain.
    Hehehe!!!

  11. azrin pada 24 Jan 2010

    Najib of all people…cannot implement his own 5 point code of ethics…dessh!

    Sudah lah..artist Cyber pon nk cari makan kan..macam aman nih..
    eh bai..biler hang nak jumpa aku??

    azrin @ http://www.azrin.info

  12. azrin pada 24 Jan 2010

    Eh awat comen aku kena sensor nih?

  13. mohdisa pada 24 Jan 2010

    hoho, kesian pun ada. haha, sapa suh jadi artis. kan dah kena gossip panas kat blog. :P

  14. Frantz-Senpai pada 24 Jan 2010

    jangan la jadik artis.. lol

  15. Frantz-Senpai pada 24 Jan 2010

    jangan la jadik artis lol

  16. Kujie pada 24 Jan 2010

    dulu ada juga peminat tak puas hati dgn artis, tapi cakap macam tu saja
    tak keluar kat suratkhabar..skrg….tak puas hati…masing2 blog it out

    hahaha..

  17. MK pada 25 Jan 2010

    Kecantikan adalah hak milik setiap insan.

    • Roslan Nazri pada 25 Jan 2010

      wat de pak? hahahaha… terkinjer kinjer aku baca komen ni..hahaha..

      diorang pengecut..tu jer..

    • paeh pada 25 Jan 2010

      wakakaka… tergelak aku baca komen khairul

  18. Richie pada 25 Jan 2010

    artis malaysia ni byknya lupa daratan..
    lupa segalanya
    blogger kutuk artis tak boleh
    tapi artis kutuk artis boleh
    wakakaka

  19. MalaysianBhite pada 25 Jan 2010

    Hati-hati semua blogger.Artis sekarang kuat nk menyaman je.=))

    Duit tgh x ada.cari point nk menyaman utk dpt income lebih.

  20. aktechpage.com pada 25 Jan 2010

    Kuasa blog semakin power dr hari ke hari

  21. anak malaysia pada 12 Feb 2010

    aku suka hebat cerita artis nie..biaq orang ramai tau baik buruk sorang artis tu..biaq depa sedaq siri ckit..habis anak2 muda terikut..

  22. atie pada 06 Nov 2010

    janganlah kita terikut dengan benda yang buruk….terutamanya wanita…kerana wanita lah yang akan menegur setiap salah baik seseorang itu….janganlah mendedahkan aurat….seperti ibu saudar nabi..isteri kepada abu lahab…ummu jamil…terlalu benci pada nabi…jadi dia tidak dapat melihat nabi…anehya
    walaupun mata dia tercelik…dia hanya nampakorang lain kecuali nabi..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader