09Jan

BOSS Akan Terus Hidup Selepas Kerjasama Microsoft

Yahoo!

Sebuah perkara yang sering menjadi tanda tanya sejak pengumuman kerjasama enjin carian Yahoo – Microsoft adalah apakah nasib kepada beberapa aplikasi Yahoo! yang berkaitan dengan enjin carian, terutama sekali Yahoo! BOSS. Kini, Yahoo! mengatakan yang mana platform tersebut akan terus boleh digunakan seperti biasa.

Yahoo Bing
Adakah Bing Akan Berjaya Menjadi Enjin Carian Yahoo?

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui bagaimana, kerana sekiranya kerjasama Yahoo dan Microsoft disahkan, Bing akan menjadi enjin carian rasmi Yahoo! untuk suatu masa yang lama, sekaligus menutup Yahoo! Search. Ianya dikatakan kini, yang mana melalui perjanjian Yahoo dengan Microsoft, Yahoo! boleh mengintegrasikan servis mereka bersama hasil carian yang disediakan oleh Microsoft, sekaligus memberitahu yang mana Yahoo! BOSS akan teruskan hidupnya.

Walaubagaimanapun, mungkin berlaku beberapa perubahan, dan beberapa ura-ura mengatakan yang mana Yahoo! mungkin akan mula kenakan caj untuk menggunakan API Yahoo! BOSS mereka. Yahoo! dilihat kian kehilangan kepopularitinya, dan pada tahun lepas sahaja, mereka telah menutup beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka, termasuk GeoCities. Kini, para pengguna yang melayari laman Yahoo!, kebanyakkannya adalah untuk menyemak emel mereka, selain melayari laman Flickr milik Yahoo!. Adakah masa depan Yahoo! kian malap?


Tiada Lagi Kumo. Microsoft Bakal Gunakan Bing.com
Enjin Carian Generasi Baru Dari Google?
Yahoo! Akan Mula Menggunakan Enjin Carian Bing
Google Memperlihatkan Pautan Video Pesaing Pada Hasil Carian
Flickr Kini Mengehos Lebih 6 Billion Gambar

6 Komen

  1. syin pada 09 Jan 2010

    hahahaha…betul tu..
    guna yahoo hanya utk email…memang best email dia..
    yg lain tak layan dah…
    yahoo group sekali sekala……….

  2. topo pada 09 Jan 2010

    ala.. yahoo search sangat mesra blog aku.. abis la cmni. ohohoh

  3. FaisalReza pada 09 Jan 2010

    tukar la kepada google nmpknya

  4. aktechpage.com pada 09 Jan 2010

    Yahoo! just untuk email & YM sahaja

    Search better pkai Google.

  5. mesticun pada 09 Jan 2010

    Guba emel yahoo,answers dan baca berita.itu je buat masa ni.

  6. nazmie pada 10 Jan 2010

    agak setuju dgn artikel nie. maybe yahoo kene peras otak utk menyaingi Google.


Tinggalkan Komen Anda