09Jan

Cegah Drive Dari Di Ceroboh

Uncategorized

Katakanlah bahawa anda mempunyai cyber café yang dilengkapi dengan 1 Tb permainan yang hebat. Anda tidak mahu ada permainan yang anda salin oleh beberapa pengunjung yang nakal atau anda takut bahawa seseorang akan mengubah permainan tersebut tanpa izin anda. Mengapa anda tidak menghalang drive tersebut sehingga tak seorang pun dapat memasuki drive tersebut, kecuali anda dan seseorang yang tahu tentang kemahiran ini.

Mari kita mulakan. Aktifkan Run dengan menekan logo Windows + R pada keyboard anda dan taip gpedit.msc dan klik Ok. Navigasi melalui entri berikut:

User Configuration>> Administrative Templates>> Windows Component>> Windows Explorer

Cari entri seperti ini: Prevent Access Drive from My Computer.

Klik dua kali padanya. Pilih drive yang anda inginkan untuk mencegah daripada diakses oleh orang lain. Klik pada Apply.

restrict to drive gpedit_2

Anda tidak perlu restart PC anda kerana sebarang perubahan ketetapan ini berlaku sebaik sahaja konfigurasi tersebut diubah. Seseorang yang ingin mengakses masuk ke drive yang telah disekat tersebut akan mendapat satu mesej amaran.

Untuk menyah-aktifkan sekatan, hanya kembalikan konfigurasi tersebut kepada “Not Configured”. Saya sarankan anda untuk menggunakan kemahiran ini jika anda menyimpan banyak maklumat rahsia. Ingat! cara ini tidak memberi kesan kepada penceroboh yang mahir atau seseorang yang tahu cara ini.

Ditulis oleh Frantz. Forum Amanz akan di buka tidak lama lagi.


IdeaBuzz Membawakan Liputan Video Untuk Acara Terkini
Tips Meningkatkan Liputan Wayarles
Kurangkan Saiz Gambar Tanpa Menghilangkan Kualiti Melalui JPEGmini
Paparan Antaramuka Awal Perkhidmatan Google Drive Mula Kelihatan
Kini Anda Boleh Pelajari HTML Dan CSS Melalui Codecademy

9 Komen

  1. ejam pada 09 Jan 2010

    menarik gak, bleh simpan barang2 baekk punyer…hehe

    • syin pada 09 Jan 2010

      baraang2 baik tu maksudnya apa…? hahaha…

  2. izzat pada 09 Jan 2010

    bila kita restrict, apa yang akan sekuritikan tetapan tu? ada set password ke?

    • Frantz_amx pada 09 Jan 2010

      prevent access jer la.. x perlukan password pun. Kalau lock C:/ .. sume folder yang ader kaitan ngan C:/ x leyh access termasuk my document

  3. Amear Madhir pada 09 Jan 2010

    tutorial ni mcm xle guna utk windows 7 home premium je sbb xde gpedit.msc..hurm..ada cara lain??

  4. sankai pada 09 Jan 2010

    kalu utk elak org copy atau ubat games, tu boleh la guna cara nie..

    tapi kalu untuk file-file sulit atau sesuatu yang top secret, saya cadangkan lebih baik sediakan satu encrypted partition pada harddisk anda..

  5. novatech pada 09 Jan 2010

    prevent dari kanak kanak boleh la kot
    sebab ni hanya restricted explorer daripada akses drive
    tapi drive tu bole lagi di akses dengan software lain seperti totalcmd contohnya hehehe
    cara paling best ialah prevent access guna file permission

  6. mesticun pada 10 Jan 2010

    Pergi kedai komputer memang boleh kena ceroboh.

  7. Mirul pada 16 Jan 2010

    Aku kalau nak amik game kat cc pakai “xplorer² lite”. Hehehe……


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader