Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ianya masih kurang 2 tahun lagi sejak Google Chrome diperkenalkan, namun begitu, kini, versi pembangunannya sudah pun mencapai versi 5.0 untuk para pengguna Windows dan Mac. Sekiranya anda melanggan kepada saluran pembangun, versi pelayar web Chrome yang terkini adalah 5.0.307.1.

Chrome 5.0 Pada Windows
Melalui versi terkini ini, Chrome menggunakan folder Download yang sememangnya terdapat pada Vista dan Windows 7 tanpa menggunakan folder lain seperti sebelumnya. Selain itu, kini, tetingkap Content Settings juga diperkenalkan memudahkan pengurusan Cookies, Plugins, Scripts dan sebagainya. Untuk pengguna Mac OS X pula, kestabilan plugin dipertingkatkan, dan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan task manager.
Pembangunan Chrome berlaku dengan amat pantas sekali, sedangkan Mozilla baru dalam perancangan untuk memperkenalkan Firefox 4.0 pada tahun ini. Opera pula sedang giat membangunkan Opera 10.5, dan Microsoft dijangka akan memperlihatkan Internet Explorer 9 tidak lama lagi. Bagi para pengguna Chrome yang ingin mencuba Chrome 5.0 ini, anda hanya perlu melanggan kepada saluran pembangun dengan mudah, dan menguji pelayar web Chrome 5.0 ini dengan mudah.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cantekkk! gua mau try
wah3..best2! em cdn tuh..hehe..aku update later pasal tu kat blog nti..huhu..
chrome ni cpt tul up to date
weh.. knp chrome lately asyik crash je erk?
nk test gak lah c5 ni..
aku donlod kt filehippo je..
apt-get update; apt get upgrade
emm kalau ikut artikel windows & mac. linux tak keluar lagi ek?
chrome aku pun tak pasti kenapa perlu cepat bebeno versionnya. orang tak explore habis lagi version 4 dah keluar 5. tup tup 6.
hohoho best ke 5 ni.. sekejap aku try..
ermmm .. nanti cuba juga
skrg tgh sibuk ber PES jap
aku ada guna chrome ni tp xtau la version mana. xpernah cek pulak.
baru je try guna. ada beza sikit la dengan version sebelum ni. ada jugak yang kata lagi laju daripada yang dulu.
gua suka chrome ni sebab laju je surf…. dan ringan,,,huhu no more IE to me
uish.. lamanya saya tak update.. dah smpi 5.0? thanx info
chromium ubuntu punya dah keluar v5
apa beza wa pun tak tahu XD
xpernah2 aku mau updatenye. hahaha. pas ni aku update. tq for the info =)
waktu untuk mencuba skali lgi. hehe