25Jan

Chrome Bakal Di Datangkan Bersama Pemain Media

Google, Sumber Terbuka

Jikalau sebelum ini kita kedengaran yang mana Chrome OS akan berdiri sepenuhnya pada perkomputeran awan, menariknya, kini kedengaran yang mana sokongan pemain media ringkas akan didatangkan pada Chrome dan juga sekaligus pada Chrome OS, membolehkan anda memainkan beberapa fail media.

Melalui satu temu-ramah khas bersama ArsTechnica, ianya dikatakan yang mana Chrome OS akan mengintegrasikan sebuah pemain media ringkas yang mana akan membolehkan para pengguna melihat dan memainkan fail-fail media popular seperti JPEG, MP3, PDF dan banyak lagi secara luar talian.

Pemain media itu juga kelak akan menyokong codec popular, membolehkan para pengguna memainkan fail-fail media secara terus daripada cakera USB mereka. Sokongan ini juga sekaligus akan diintegrasikan pada GMail, dimana, sebagai contoh, sekiranya fail MP3 diterima melalui GMail, para pengguna boleh mendengarnya terus melalui pemain media yang diintegrasikan pada Chrome.


Android : Selepas Telefon, Kini Netbook
Google Maps 5.0 Untuk Android Kini Dalam Bentuk 3D
Firefox 5.0, 6.0 Dan 7.0 Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Lebih 250 Juta Peranti Android Diaktifkan - Angka Muat-Turun Aplikasi Melangkaui 11 Billion
Antaramuka Firefox UX Memperlihatkan Perubahan - Memfokuskan Lebih Kawalan Kepada Pengguna

8 Komen

  1. Hafidz pada 25 Jan 2010

    Wah~ Technolgy Update by Chrome =)

  2. aktechpage.com pada 25 Jan 2010

    Perghhh, Chrome semakin mantap laa…

  3. Ramdzi pada 25 Jan 2010

    chrome terbaik~! ^_^

  4. Wan Perlis pada 25 Jan 2010

    ap maksud perkomputeran awan ?

    • aMaNz pada 25 Jan 2010

      cloud-computing, kira semua data kita disimpan dalam server dan boleh diakses melalui internet.

  5. mohdisa pada 25 Jan 2010

    cam mana nak dapat Chrome OS ni? belum dilepaskan lagikan?

  6. mesticun pada 25 Jan 2010

    internet lambat di malaysia ni.bagaimana nak guna Chorome Os.

  7. Fatin Pauzi pada 26 Jan 2010

    Ni baru best! :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader