-
Facebook Memperkenalkan Antaramuka Baru
Seperti yang dikatakan sebelum ini, Facebook mula memperkenalkan rekabentuk baru untuk halaman Facebook secara berperingkat untuk para pengguna. Beberapa orang pengguna sudah pun dapat melihat rekabentuk baru mereka sejak awal pagi hari ini.

Antaramuka Facebook Yang BaruSebelum ini, rekabentuk baru ini dijangka akan diperkenalkan sebelum hari Natal, namun ianya kini diperkenalkan oleh pihak Facebook sempena dengan tahun baru, tahun 2010. Rekabentuk baru Facebook ini memberikan fokus penting pada carian, dimana kotak carian diletakkan di tempat utama, meminta para pengguna untuk lebih menggunakan fungsi carian pada halaman mereka.

Antaramuka Ketika Permainan Di Mainkan Kekal Seperti DuluKini, data-data carian masa-nyata dikuasai sepenuhnya oleh Twitter, dan ini mungkin berubah tidak lama lagi dengan Facebook yang kini memberikan perhatian serius pada fungsi carian di halaman mereka. Antaramuka yang serba baru juga memperkenalkan rekabentuk laman yang lebih ringan berbanding baru, dengan fungsi sembang yang masih diperlihatkan dibahagian bawah, manakala ruangan notifikasi telah dialihkan ke bahagian atas halaman Facebook.

Antaramuka Halaman ProfailBuat masa ini, bukan semua pengguna dapat melihat rekabentuk baru ini memandangkan Facebook sedang memperkenalkannya secara berperingkat. Mungkin dalam masa kurang seminggu, semua pengguna sudah boleh mencuba antaramuka serba baru ini.
20 Komen
aku punya xupdate2 lagi pun. huhu
xde masa lagi nak jimbaramba kat fesbuk..hanyut kang,keje x siap..haha
Microsoft bing ada pegangan dalam Facebook.
sebab Facebook utamakan carian.Twitter lagi
baguslah.
hoho…fb da best. aku tak dapat lihat lg. tp berat ke ringan yerk?
haha. layan jela apa yang ada ni dulu..
hiashh.fb ni.melalaikan.member aku. sehari tak buka.menggigil..
X perasan pun ada update.
hahaha.. lawak la facebook nie. update jer interface dye.. lol
owh… sudah tukar ka? aku pnyer xtuka lgi. layan FB lite je aku… fb biasa ni sbuk ngn notis apps2 yg belambak2… penuh dgn bnda2 tu je.. sampai termiss friends update…
haha
haha. aku x perasan pun yg ni..
Aku punya page masih lagi dengan interface yang sama.
hang punya problem mcm aku ka ..hahaha
facebook aku x update2 pun yg baru. lambat sket kot.
aku lagi suka facebook dari twitter.
twitter mcm pelik je…
suka ngan nama fb ko “aman hensem”..haha….. kreatif…dunia dh maju….
aku pkai FB lite je..
belum muncul lagi ni..
sama ada aku yg tidak perasan dia bertukar, ataupun belum lagi update…hahaha..
aku xtahu FB aku skang ni jenis apa…lite ke…light ke…cool ke…haha..
aman, camne ko dapat test UI baru tuh ?
mcmana aku nak dpt no kod pengesahan akaun facebook.x dak dlm emel pun..aku dah cancel 3 fb aku..benci la ..camna ni..tlglah aku