21Jan

Firefox 3.6 Bakal Di Lepaskan Hari Ini

Perisian, Sumber Terbuka

Setelah sekian lama dinanti, akhirnya Firefox 3.6 yang dinanti-nanti bakal akan dilepaskan pada penghujung hari ini kelak, yang mana bakal membawakan pelbagai perkara dan fungsi baru dalam dunia pelayaran web daripada Mozilla ini.

Melalui pengumuman khas daripada pihak Mozilla, mereka mengumumkan yang mana para pengguna boleh memuat-turun Firefox 3.6 secara rasmi melalui laman Firefox.com pada hari Khamis, 21 Januari. Melalui Firefox 3.6 kelak, para pengguna boleh menikmati kebolehan untuk mengubah antaramuka Firefox mengikut kegemaran anda melalui fungsi Personas, selain melayari laman web dengan menggunakan pelayar yang stabil, selain membawakan kebolehan untuk mengetahui sebarang Addon yang mempunyai kemaskini.

Pada masa yang sama, Firefox 3.6 juga didatangkan dengan kebolehan Orientasi Desktop, serta berfungsi lebih 20% lebih pantas berbanding versi sebelumnya, Firefox 3.5. Sama-sama kita nantikan kemunculan Firefox 3.6 pada hari ini.


Skrin Utama Seumpama Windows 8 Untuk Pelayar Web Diperkenalkan
Aplikasi Harian Metro Dan NST Menyokong Perkongsian Ke Laman Sosial
WordPress 3.3 Disasarkan Untuk Pelancaran Pada 15 November
HoneyComb Launcher Pada BlackBerry PlayBook Diperlihatkan
Kod Sumber Norton Antivirus Akan Dilepaskan Pengodam Esok?

7 Komen

  1. mohd fared pada 21 Jan 2010

    penantian dah terjawab..
    tak sabar nak try version baru nie..
    hahaha

  2. azrin pada 21 Jan 2010

    takmo pakai… sakit hati loading byk page handles.

    • Frantz-Senpai pada 21 Jan 2010

      kadang2 yang x sedap maen mozilla sebab lmbt nak start

      • mohdisa pada 21 Jan 2010

        lambat start sebab ko tak close suma tab dlu. memang lambat la dia nak restore. apo ler. huhu

  3. Frantz-Senpai pada 22 Jan 2010

    dah masuk 12.00 malam.. mne version 3.6 nie??

  4. mohd fared pada 22 Jan 2010

    bkn 21 hari bulan 3.6 di lpaskn tp 22

  5. aktechpage.com pada 22 Jan 2010

    Sungguh berita terkini, informasi sensasi..thanks 4 the info…
    “Melepaskan”, …..apabila BI di Melayukan, heheheheh


Tinggalkan Komen Anda