Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Firefox 3.6 yang sepatutnya dilepaskan pada penhujung tahun lepas, terpaksa ditangguhkan ke tahun ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, dan baru-baru ini, Firefox RC1 sudah pun dilepaskan oleh pihak Mozilla, dan berkemungkinan besar, versi akhir Firefox 3.6 akan muncul dalam seminggu dua lagi.
Melalui halaman rasmi Firefox 3.6 RC1, Mozilla mengatakan yang mana sekiranya, Firefox 3.6 RC1 itu stabil dan tiada sebarang masalah ketika ujiannya kini, ianya akan dilepaskan sebagai versi akhir kelak. Ini bermakna, sekiranya tiada sebarang permasalahan yang timbul pada Firefox 3.6 RC1, Mozilla akan terus melepaskan Firefox 3.6 tanpa sebarang versi pembangunan seperti RC2, RC3 dan sebagainya lagi.
Sebelum ini, Mozilla telah menjanjikan yang mana Firefox 3.6 bakal dilepaskan sebelum penghujung bulan ini, yang mana bakal membawakan pelbagai perkara baru, termasuk pelayar web yang lebih stabil, sokongan HTML5 yang dipertingkatkan, kemaskini plugins dengan mudah dan banyak lagi.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
x sabar nak download.. huhuhuhuh
Akan update jika dapat tahu Fire Fox 3.6 dah sedia untuk didownload. Hopefully browsing dan surfing bertambah lancar nanti.
hahaa…dah pakai firefox 3.6 RC1… boleh la…
tapi ada sesetengah add on x support firefox 3.6 rc1 ni..hehee….
hahahaha.aku da lame pakai ff 3.6 versi beta punye..boleh tahan la..tp ade plugin x compatible la ngan 3.6..terlampau baru sgt
firefox terlalu berat untuk pc aku….huhu…. dh suka chrome le ni….
mantap. tak sabar nak update. tp aku dgr ada yg cakap 3.5.7 nyer ada masalah. betul ke?
aku dh pkai 3.6 RC1.. bertambah kelajuan die..
tumpang tanya.. kat mana boleh download firefox 3.6 rc1 .deb file?
deb. pakage?
tunggu je la 2@3 minggu lg…xpayah susah2/…
nanti dah blh update terus ke 3.6…