13Jan

Friendster dan Yahoo! Umumkan Kerjasama

Web 2.0

Melalui wajah dan pemilik baru, kini Friendster telah membuat kerjasama strategik bersama Yahoo! Asia Tenggara yang mana bakal mengintegrasikan fungsi kedua-dua laman tersebut antara satu sama lain, sekaligus memudahkan para pengguna masing-masing.

Buat masa ini, lebih kurang sebanyak 90% daripada pengunjung laman Friendster datangnya daripada Asia Tenggara, dengan lebih 90 juta pengguna berdaftar di Asia Tenggara, dan pada masa yang sama, Yahoo! merupakan suatu jenama yang besar di kawasan Asia Tenggara, dimana kebanyakkan pengguna Asia Tenggara masih menggunakan enjin carian Yahoo, khidmat emel dan pelbagai khidmat sampingan daripada pihak Yahoo!

Friendster
Laman Utama Friendster

Melalui kerjasama ini, sebuah aplikasi khas daripada Friendster akan diperlihatkan di laman Yahoo! kawasan Asia Tenggara, selain Friendster akan mempromosikan produk Yahoo! pada laman mereka. Pada masa yang sama, carian Yahoo! akan dipertingkatkan dengan kebolehan untuk membuat carian profail Friendster dan halaman pada Friendster dengan lebih efisyen lagi.

Selain daripada itu, pengguna Friendster juga kelak bakal boleh memautkan akaun mereka pada akaun Yahoo! mereka, membolehkan mereka berkongsi aktiviti mereka melalui khidmat Yahoo! yang lain, seperti contoh melalui Yahoo! Messenger dan sebagainya.

Pada bulan Disember yang lalu, Friendster telah diambil alih oleh syarikat tempatan, MOL Global Pte Ltd pada suatu harga yang tidak diumumkan. Namun ramai menjangkakan yang mana harganya adalah kurang daripada $40 juta. Sebelum ini, Celcom turut mengumumkan yang mana mereka kelak akan memperkenalkan fungsi Friendster Via SMS tidak lama lagi.

Via : TechCentral


YM! Digunakan Untuk Menghantar Mesej Spam
Facebook Membeli Hak Cipta Milik Friendster Dari MOL
Aplikasi Eksport Data Friendster Akan Aktif Sehingga 27 Jun
4Shared Memegang Takhta Sebagai Laman Perkongsian Fail Terbesar
Satoo.tv - Perkhidmatan Perkongsian Video Tempatan Yang Kian Dilupakan

14 Komen

  1. Taufik SM pada 13 Jan 2010

    kurang selera layan friendster le ni….layan fb je..huhu

  2. ohmalaysia.com pada 13 Jan 2010

    btol tu taufik. friendster mcm budak2….

  3. hana zaty pada 13 Jan 2010

    ngeee~~betol2..hana de dgar juge…ase cam nk meriahkn alek fenster~~huhu..sbb tmptn pnye kn~~

  4. Omar pada 13 Jan 2010

    Malaysia org malaysia punye ler..sokonglah barang ‘buatan’ Malaysia…

  5. Frantz_amx pada 13 Jan 2010

    fenster nie macam bdak2 sket..

  6. mohdisa pada 14 Jan 2010

    say no to friendster until now. :P

  7. xflixz pada 14 Jan 2010

    haha..layan frenster time skolah dulu2 bole laa..hehehehe.

  8. Azah pada 14 Jan 2010

    friendster, yahoo… NO!
    yahoo messenger… YES!
    haha…

  9. baem pada 14 Jan 2010

    tak pernah daftar pun kat friendster nie…

  10. Wan Perlis pada 14 Jan 2010

    hmm…rasa susah skit interface baru fs ni.
    tak fimilier lg.

  11. tenteraangin pada 14 Jan 2010

    salam ziarah :)

    layout frenster baru ni x syiok la then x professional..

    FB ttp bestt

  12. mesticun pada 14 Jan 2010

    Tengok saja nanti.mana lebih baik.kita gunakan.

  13. x-po pada 14 Jan 2010

    rugi je celcom nk tu gak dgn friendster, baik jalankan usahasama dgn blog aku lg bgs..hehe

  14. zool pada 14 Jan 2010

    Kita tgk camne…
    jgn jadi cam ekawan sudahlah.. :)


Tinggalkan Komen Anda