07Jan

Fungsi Chrome Extension Di Datangkan Untuk Mac

Google

Setelah memperkenalkan fungsi extension untuk para pengguna Linux dan Windows sebelum ini, kini Google turut memperkenalkan fungsi tersebut kepada para pengguna Chrome pada Mac OS. Melalui versi terkini Chrome untuk Mac, ianya turut membawakan beberapa fungsi baru.

Chrome
Chrome Pada Mac

Walaubagaimanapun, segala fungsi ini adalah untuk para pengguna yang melanggan saluran pembangun sahaja. Para pengguna yang telah mengemaskini Chrome mereka kepada versi terkini pada saluran pembangun, boleh menikmati beberapa fungsi seperti sokongan Chrome Extension, dan juga Bookmark Sync, serta pengurus bookmark yang diaktifkan untuk setiap pemasangan baru.

Selain daripada itu, masalah yang berkaitan dengan audio dan video melalui sokongan HTML juga diselesaikan, membolehkan para pengguna Chrome pada Mac kini menikmati fungsi HTML5 dengan lebih menarik lagi.


Google Memperkenalkan API Untuk Friend Connect
Opera 10.10 Di Datangkan Bersama Opera Unite
Kotak Carian Di Google Kini Lebih Besar
Dua Jemputan Menyertai Google Music Beta Khas Untuk Pembaca Amanz
Android Seterusnya Mungkin Akan Dikenali Sebagai Jelly Bean?

1 Komen

  1. azizan4444 pada 07 Jan 2010

    mmg terbaik la chrome…mmg laju..i lioke…hehe


Tinggalkan Komen Anda