Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Perkhidmatan internet oleh TM hari ini, 31 Januari 2010 mengalami sedikit gangguan teknikal akibat kerosakan sirkit kabel dasar laut yang mana menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, yang mana terletak di Lantau, China, menyebabkan sambungan internet menjadi perlahan.
Walaubagaimanapun, para pengguna hanya akan mengalami masalah sekiranya anda melayari laman web yang dihoskan di Hong Kong ataupun Amerika Syarikat sahaja. Namun begitu, TM telah mengambil langkah awal dengan mengalihkan kepada sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan dan masalah pelayaran laman web.
Buat masa ini, dikatakan kerja membaik-pulih sudah pun dilakukan, namun sekiranya para pengguna memerlukan maklumat tambahan berkaitan dengannya, boleh menghubungi TM secara terus melalui talian 100.
21 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hoho..
ni betul2 masalah lagi..
tapi seb baik aku cam tak kena jer masalah ni..
pesal kt umah mmber aku ni dah 4 hari xde tenet. tepon pun xbunyi. haaaaa
biasanya kalau jadi cmni, talian 100 tu takde org jawab.. konon2 bizi la tu kot.. aku dh byk kali dh kene cmni..
Kabel kena gigit jerung. Kah kah kah…
Malaysia patut dah buat pelaburan untuk setelit untuk internet, jangan terlalu mengharapkan kabel bawah laut
pakai satelit laju ke internet tu….pakai fixed line/kabel bawah tanah lagi laju kot..
time-tima camni la individu yang menggunakan celcom, maxis, digi, wimax, merasakan yang diorang untung dan terselamat..
kat rumah aku skrg ni tipa2 malam jumaat dia cam down sekejap.. pelik tol aku.. hohoho
same macam rumah aku kat perak..kat kg..serius XXXX
Walaupun ada masalah tm tetap ada jalan alternatif.. Bravo tm…
aku masih lagi setia dgn streamyx……….
emm tadi 2 jam tepon aku tak leh guna..
jgn la camni tm.
mediafire host katna ye?
takpe, nanti HSBB akan menyelamatkan reputasi TM..
rosak tak rosak sama je
tak rasa beza sangat antara perlahan dan semakin perlahan (dua duanya slow)
time ni la pentingnya penggunaan CDN..huhu.. =P
tapi CDN selalunya mahal sangat. hanya syarikat besar yang mampu benda tu
asyik problem je la…dulu awal 2007…prob gak.. aduih hai…aku nak download pun dah slow..pagi tadi ok je..dah malam ni lak trouble..aku rase dah lama dah skang je baru prob…sbb sharing matrix ngn deposit dulu ok..skang dah tak ok..kabel buruk kot..penat je la aku baya 77..nangng tol la tm… hahahaha
TM sibuk ngan HSBB sekarang..nanti-nanti la dia jagan streamyx tu..
banyak sungguh masalah kabel ni. ades
TM ada masalah kabel ke .. takde masalah kabel ke .. sama je teruk.