13Jan

GDrive – Google Berikan 1Gb Melalui Google Docs

Google

Sudah sekian lama kita menunggu berita berkenaan dengan GDrive yang sudah lama tidak kedengaran. Kini, ianya diperkenalkan, tetapi dibawah jenama Google Docs. Kini, anda boleh memuat-naik sebarang fail ke Google Docs sehingga sebesar 250MB. Pada masa yang sama, setiap akan dibenarkan untuk menyimpan storan sehingga 1 GB.

Sebelum ini pun sudah dispekulasikan yang mana Google Docs mungkin adalah GDrive yang diperkatakan umum. Dan kini, ternyata apabila Google membolehkan para pengguna memuat-naik fail sehingga 1GB pada sebarang format. Walaubagaimanapun, storan hingga 1 Gb ini adalah hanya untuk fail-fail yang tidak di ubah ke format Google Docs. Dengan erti kata lain, anda masih boleh menyimpan fail dokumen dalam bentuk Google Docs, disamping menyimpan fail-fail yang berformat lain sehingga 1GB. Para pengguna juga boleh membeli kapasiti storan tambahan pada kadar hanya $0.25 untuk setiap Gb.

Ini juga mungkin sebagai langkah permulaan sebelum Chrome OS dilepaskan secara rasminya, yang mana bakal bergantung sepenuhnya kepada storan dalam talian yang kini dikenali sebagai teknologi cloud-computing. Buat masa ini, selain daripada Google Docs yang hanya menawarkan storan sebesar 1Gb sahaja, beberapa servis lain turut menyediakan ruangan storan seperti Dropbox, dan juga SkyDrive dari Microsoft.


Kata Kunci Pilihan Pengguna Malaysia Sepanjang 2009
Google Memperlihatkan Waktu Solat Pada Keputusan Carian
Google Toolbar Untuk Firefox Dihentikan
Google Street View Dibuka Di Malaysia Pada Pertengahan Tahun Pertama 2012
Android Market Kini Mempunyai Lebih Daripada 400,000 Aplikasi

6 Komen

  1. Wan Perlis pada 13 Jan 2010

    wah cunlah..memg best

  2. Anarm pada 13 Jan 2010

    waaa.. menarik.. ade akaun byk, dpt byk GB la kn? hehee

  3. Frantz_amx pada 13 Jan 2010

    baik pakai MF.. unlimited space.. x pown pakai GlideOS

  4. mohdisa pada 14 Jan 2010

    wah, leh simpan lagi bebanyak ni. :P

  5. mesticun pada 14 Jan 2010

    murah sangat tu.lebih banyak boleh disimpan.

  6. loq pada 14 Jan 2010

    pergh satu gig.Best2.Tapi sekarang dah semakin banyak web storage.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader