26Jan

Google Chrome 4.0 Untuk Windows Di Lepaskan

Google, Perisian

Setelah memperkenalkan Google Chrome 4.0 Beta sebelum ini untuk saluran pembangun, kini, versi penuh dan stabil Chrome 4.0 sudah pun sedia untuk dimuat-turun dan dikemaskini untuk para pengguna Google Chrome yang mana membawakan sokongan Extension dan juga Bookmark Sync.

Buat masa ini, Google Chrome 4.0 versi stabil yang dilepaskan untuk para pengguna Windows sahaja, dan masih lagi tiada sebarang berita untuk pengguna Linux dan Mac OS X. Sebelum ini, Google telah memperkenalkan Chrome versi 4.0.249.78 untuk saluran pembangun pada 21 Januai yang lepas, dan versi tersebut kini muncul sebagai versi stabil untuk para pengguna Windows.

Melalui Google Chrome 4.0 versi stabil ini, ianya membawakan sokongan Extension, dimana anda dengan mudah boleh menambah fungsi-fungsi baru daripada pihak ketiga dengan mudah sekali sama seperti fungsi Addon pada Firefox. Pada masa yang sama, melalui fungsi Bookmark Sync yang didatangkan bersama Chrome 4.0 ini, para pengguna boleh membolehkan senarai Bookmark anda diakses melalui PC dan Laptop yang berlainan dengan mudah dan tidak lagi perlu membuatnya secara manual seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, Chrome 4.0 juga membawakan beberapa fungsi yang dipertingkatkan seperti enjin V8 yang dipertingkatkan, fungsi sekuriti serba baru, aplikasi pembangun yang diperbaiki dan sebagainya. Pada pengguna boleh memuat-turun Chrome 4.0 secara terus daripada laman Google Chrome atau mengemaskini pelayar mereka secara automatik dengan mudah.


Integrasi StreetView Bersama Maps
Google Memperkenalkan Google Contact
Firefox 3.6 Akan Disokong Mozilla Sehingga 24 April Kelak
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 19 Januari
Adakah Google Docs Bakal Dijenamakan Semula Menjadi Google Drive?

11 Komen

  1. syin pada 26 Jan 2010

    mozilla firefox terbaeekk…hahaha…
    xpe la google crome tak latest pun….kalau mozilla xblh laa…hehe..

  2. amin pada 26 Jan 2010

    Mana2 open source software (OSS) semuanya ok dan stabil. Kita kena support open source. :-)

  3. Wan perlis pada 26 Jan 2010

    tahniah google.
    apapun serigala berapi tetap dihati

  4. Roslan pada 26 Jan 2010

    aku suke chrome..hehe.browse laju..tapi lately aku nampak kekatoian dia..bila aku biarkan seharian tak tutup tab lebih dari 5 mcm aku bukak kat firefox..makan ram tggi jugak..haha..

  5. lazaac pada 27 Jan 2010

    xsabar tunggu mac osx version release… nak try gak selepas sekian lama aku tinggalkan chrome… si musang punya pasal la ni… huhu…

  6. Anarm pada 27 Jan 2010

    komen ini taip di Google Chrome.. :p

  7. mohdisa pada 27 Jan 2010

    aku masih setia menggunakan mozilla sambil mencuba2 google chrome ini. ades, mcm tak menarik jerk. hehe

  8. izzat pada 27 Jan 2010

    ff sudah lama jadi kenangan, hanya chrome jadi pasangan sekarang ni..hahahaha

  9. xflixz pada 27 Jan 2010

    masalah la chrome 4 ni..lepas aku update je slalu crash..

    any solution?

  10. code7 pada 28 Jan 2010

    mmg dh makin bagus google chrome neh.. but dia punya memory usage mmg tinggi daripada mozilla firefox.. memana pc user yg low memory mmg leh hang atau lembab.. pepun ddr skrg dh murah, pakat2 upgrade slalu.. :)

  11. nuriz pada 20 Feb 2010

    saya baru je guna google chorme ni, bagi sy sbg pengguna baru lg, sy rasakan Google chrome lebih cepat dari Firefox, tab dia tak semak sangat dan memag laju nak loading page web.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader