Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin kini ramai yang sudah kenali Green Packet, yang mana Packet One Networks, ataupun lebih dikenali sebagai P1 WiMax merupakan salah satu syarikat dibawah mereka. Kini, Green Packet mensasarkan untuk menjadi pembekal modem WiMax yang paling utama di dunia.
Buat masa ini, Green Packet merupakan pembekal modem WiMax yang ke-tiga terbesar didunia, dengan penguasaan pasaran sebanyak 14 peratus pada tahun 2009. Untuk tahun ini, Green Packet mensasarkan untuk menguasai lebih 30% pasaran dunia. Kini, melalui kempen terbaru mereka, Green Packet mensasarkan untuk meningkatkan keluaran mereka, serta menggandakan jualan mereka di Ameria Syarikat, Amerika Tengah, Amerika Latin dan juga di benua Eropah.
Green Packet sebelum ini telah membangunkan pelbagai jenis modem, termasuk modem dalam rumah, modem luar rumah, dan modem khas dalam bentuk USB untuk P1 WiMax, serta diura-urakan dengan peranti penjana hotspot yang bakal diperkenalkan.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dieorang taknak upgrade coverage ke?
nk jadik yg utama kene la upgrade services dulu. work harder.
bayi yg dulu merangkak, skarang ni dah pandai berjalan dan tengah belajar untuk berlari laju pula.. hehehe.. Kalau streamyx, bayi dah tua dah pun.. Kalau problem, balun je cukup2.. tak gitu? so give em (p1) time lah..
x sabar nak tunggu w1max release dia punya “biscuit”.. hehehe.. sure aku jadi yg pertama.. sgt cool..
Asik overload ajer systems depa..useless…
haha…. betul tu…. jom potong P1wimax…. hehe…kalu bukan streamyx x cukup bagus….
siapa yg pertama dan kedua?
coverage bila mau jadi yang pertama di Malaysia..kata support 1Malaysia.kahkahkahkah..
tak payah luaskan kat satu malaysia or satu dunia..stable kan dulu coverage yang ada..bukankah itu lebih bagus…
erm. GreenPacket nie lebih kepada hardware. Packet One under GreenPacket yang handle p1 wimax.
itulah pasal, coverage tu kasi mantap dlu. hehe