15Jan

HSBB Dari TM Seawal Suku Tahun Pertama

Lain-lain

Akhirnya, kini Telekom Malaysia (TM) sudah pun mengumumkan yang mana mereka sudah bersedia untuk melancarkan projek jalur lebar berkelajuan tinggi yang diura-urakan sebelum ini selewat-lewatnya pada suku pertama tahun ini, Namun, harga bagi servis tersebut masih lagi belum diumumkan buat masa ini.

Kini, pembangunan infrastuktur untuk menyokong jalur lebar berkelajuan tinggi sedang dijalankan dengan giat, dimana kerja-kerja pembangunan infrastuktur di Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangsar telah pun selesai sepenuhnya, dan kini telah pun melewati lingkaran Lembah Klang, dimana kini ianya sedang dibangunkan di Putrajaya dan juga rantau Iskandar Malaysia, dan beberapa kawasan industri penting di Malaysia.

Pada penghujung tahun lepas sahaja, TM telah selesai memasang infrastuktur untuk menampung lebih 152,000 premis, selain menguji HSBB pada sebanyak lebih 122 buah rumah di sekitar Lembah Kelang. Menjelang penghujung tahun 2012 kelak, TM menjangkakan yang mana servis HSBB mereka akan dapat digunakan oleh kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara.

Pada masa yang sama, kini TM menjangkakan yang mana dalam tempoh kurang tiga bulan lagi, 2,000 hingga 2,500 lagi isi rumah dalam kawasan Bangsar, Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam akan terlibat dalam percubaan perkhidmatan komersil HSBB.


Nantikan WordPress 2.8 Pada Bulan April Ini
Maxis Memperkenalkan Perkhidmatan HSBB
Terima Kasih Untuk Sokongan Anda - Menangi Duit Raya Amanz Network
Pra-Lihat : Gambar Rantai Kunci Amanz
Disebalik Latar Windows XP - Gambar Paling Popular Dunia

33 Komen

  1. buzymovie pada 15 Jan 2010

    bila la nak smpai kat kedah!!!

  2. izzat pada 15 Jan 2010

    ada ura2 berapa harga untuk satu pakej hsbb ni nanti? nak gak tahu :D

  3. blowie pada 16 Jan 2010

    haha,area aku mmg tengah giat tukar cable skrang ni. tiap2 hari kompem ade van TM.
    aku punya speed walaupun 1mbps,sekarang ni siang malam stable. kalau dulu,siang nak layan utube tu bek tak payah la.

    dah terasa perubahan :D

  4. Dr House pada 16 Jan 2010

    Nak bodek bos suh pasang kat opis lah. Leh layan download laju2.

  5. aidi-safuan pada 16 Jan 2010

    price tak sure lagi. kalau ada yang kata mahal la,dalam 5-6 ratus tuh toksah la nak dengar. even staff telekom pon tak tau lagi harga. tapi time pegi kursus hsbb dulu dalam range 150 hingga 200 je. :)

  6. Wan Perlis pada 16 Jan 2010

    bila nak sampai Perlis?
    harap harga berpatutan

  7. sankai pada 16 Jan 2010

    kalau setakat 100-150 tu orang masih mampu lagi..
    tapi kalu dah cecah 2 ratus, mungkin orang-orang kaya jer la mampu…

  8. xflixz pada 16 Jan 2010

    wah..kalo range 150-200..saya mesti pileyy..hahaha

  9. Frantz_amx pada 16 Jan 2010

    hurrey… P1kimax mesti kalah awal..

  10. Aleem The Kid pada 16 Jan 2010

    Fuh, bagus ni… tapi HSBB ni rupa dia cmna? ada modem? Aq ada guna servis TM ni, modem terus sambung soket, xyah pulak line telefon… camni ker?

    • aMaNz pada 17 Jan 2010

      HSBB nie still sama cam Streamyx biasa, pakai kabel telefon. Tapi, kabel sekarang nie tak support HSBB, so diorang dalam proses gantikan kabel. Pada masa sama, maybe ada kabel tambahan kot, sebab dengan HSBB, TM juga bagi IPTV sekali, yang mana anda boleh sambung kabel kat TV, dan tonton rancangan kegemaran anda seperti pada Astro.

  11. mohdisa pada 16 Jan 2010

    boleh la aku langgan lepas ni dan mengucapkan selamat tinggal broadband. erk, takleh gak. kalau travel nak pakai apa plak nnt. hehe

  12. Ramdzi pada 16 Jan 2010

    putrajaya tu dh dekat dgn bangi.. hope kt bangi pn dpt hsbb.. hehe..

  13. azrin pada 18 Jan 2010

    Cakap banyak.. satu Malaysia 1TB bandwidth pon takder..setakat TM sajer 100GB link…dari 500GB..pasal tak mampu bayar dah…

    tuh apa cakap pon tak guner ah… habok tadak…4M pon ader problem!

    azrin @ http://www.azrin.info

  14. lazaac pada 18 Jan 2010

    pergh… mencanak-canak la menorrent pas ni… kalo nak sedutz pun confirm t’sedak-sedak… thanks TM… yeeha~

  15. Shy pada 18 Jan 2010

    mcm lama lg je nak masuk umah aku…umah aku 2mb ngan 4 mb pun tak leh lg..pindah rumah arr mcm nie jawab nya..

  16. myceloteh pada 19 Jan 2010

    Pembetulan sikit dgn fakta dia atas ..Actually HSBB ni xguna kabel telefon mcm biasa..dia guna end to end fiber..so dari exchange ke rumah mengunakan fiber optic..sbb tuh servis mcm IPTV pun diorang boleh offer..sbb fiber boleh tanggung triple play application (video,data,voice) sekaligus dgn guna single fibre jer..

  17. ntahaaa pada 19 Jan 2010

    ader tv mcm astro.. huuuu…
    tapi adakah btol astro nk wat intenet gak?

  18. jean abruzzi pada 19 Jan 2010

    sayang tmnet..muah!!

  19. mesticun pada 19 Jan 2010

    lamanya mahu tunggu.

  20. kerol pada 20 Jan 2010

    ntahla, aku duk kat melaka kawasan pedalaman ni pakai 1.0mbps pun ok je, selalu aku download youtube citer lama-lama, daripada dulu aku pakai berukband sialcom tu…

  21. zafquan pada 22 Jan 2010

    dgr2 pakej HSBB ni harga ade la dlm rm200 ke atas…. pe2 pun, kite tggu je la TM announce harga pakej HSBB yg ditawarkan…

  22. ulin pada 31 Jan 2010

    Khabar anginnya harga antara 250-300. Bila dah menyeluruh seluruh Malaysia dan permintaan bertambah, barulah harga akan jatuh antara 150-200. Ini berdasarkan harga monopoli.
    Akan tetapi, lain-lain broadband menambah baik perkhidmatannya, maka pengguna banyak pilihan dan harga tidak berdasarkan monopoli, akan tetapi mungkin duopoli, oligopoli atau harga berdasar permintaan dalam pasaran, yang mana lebih baik dan stabil perkhidmatannya maka lebih cenderung pengguna kearah perkhidmatannya maka harga sentiasa berubah-ubah.

  23. misteri pada 04 Feb 2010

    tunggu kehadiran HSBB.kemungkinan bulan 3 nanti akan dilancarkan.tunggu semua.fiber akan dipasang direct kerumah anda.kemungkinan speed dalam 20mbps

  24. Omar pada 04 Feb 2010

    kalau HSBB ni betul2 punya laju (selepas dilancarkan kelak dan bukan dalam tempoh sebulan dua ni), aku akan buka hosting sendiri direct server dari rumah aku, x yah sewa datacentre, just pasang Windows Web Server 2008 RC2 jer…kalau aku jadi pasang, aku akan bagi harga spesel kepada semua pelawat amanz untuk beli hosting dari aku..err..hosting jer eh, domain pepandai la korang beli tempat lain..InsyaAllah…

  25. arip pada 06 Feb 2010

    kat syarikat kwn aku Soshin tengah buat Filter untuk HSBB TM ni la. filter sbijik dah RM 20,000 beb. Pahni die caj korang kaw2 nyer.

  26. mvii pada 23 Mar 2010

    aku nak tau gak..harga utk setup 1 umah je…. takkan le kaw2 jgk diorg tapau

  27. lia pada 25 Mar 2010

    Diharapkan jangan terlepas pandang daerah hulu perak..

  28. KEmm pada 25 Mar 2010

    Patutnya skrg dah takde “Best effort basis” skrg bagi pulak minimum speed berapa, esp utk 1 Mbps punya line. tak pon yg 2Mpbs. Takkan leh gerenti kot? skrg kan speed dah sampai 10Mbps… apparaaa cabuk

  29. mmz pada 25 Mar 2010

    manusia memang tak pernah puas dgn apa yang ada dan suka komplen……..dan suka menyalahkan org lain….senang2 buat kabeloptik sendiri…tarik kabel sendiri…joint sendiri…..ha layanlah sampai puas…

  30. pak maun pada 18 Aug 2010

    salam,
    ada sesape tau tak camaner nak daftar kursus hsbb untuk kontraktor?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader