Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini, TM sudah pun menyediakan halaman rasmi HSBB pada laman web mereka, membolehkan para pengguna merujuk ke sana dan mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengan HSBB yang sedang diuji buat masa ini di beberapa lokasi di sekitar Lembah Kelang.

Melalui HSBB kelak, ianya bakal membawakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang mana didatangkan pada kada kelajuan melebihi 10Mbps. Ianya kini sedang melalui fasa pembangunan di sekitar Lembah Kelang, Iskandar Malaysia dan beberapa lokasi utama di seluruh negara, dan dijangka akan meliputi lebih 1.3 juta premis menjelang hujung tahun 2012.
Kini, segalanya adalah internet, dan dengan HSBB, ianya bakal membawakan cara hidup yang serba baru, selain membolehkan informasi dicapai dengan kadar yang lebih pantas lagi. Melalui HSBB juga, sebanyak tiga perkhidmatan akan disertakan bersama, iaitu:

IPTV melalui HSBB
Mungkin ramai sudah ketahui akan servis suara melalui internet dan juga internet berkelajuan tinggi. Servis baru yang diperkenalkan bersama HSBB ini adalah IPTV, yang mana membolehkan anda mengakses saluran kegemaran, dan melanggan servis dan beberapa video lain dan menontonnya secara terus pada kaca televisyen anda. Tetapi, berbeza dengan Astro, ianya menggunakan internet jalur lebar sepenuhnya.
Buat masa ini, perancangan pengenalan servis HSBB telah pun sedia ada, dan ianya akan diperkenalkan di sekitar Lembah Kelang secara berperingkat. Paling awal, ianya akan diperkenalkan kepada para pengguna sebelum bulan Mac 2010 ini. Anda boleh melihat perancangan HSBB di kawasan anda di laman rasmi HSBB di TM.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hohoho cepat la sampai melaka.. hehehe lepas ni boleh dating on9 je.. hahaha main suap2 depan webcam
aku macam kenal ayt topo itu..kah3..
em competition ni pada astro beyond..tah la diorang ni
tenet yang ciput speed tu pun tak stabil lagi dah nak kenalkan pakej baru…adoi!
kuantan bile nk pasang….sob….sob…sob… aku tiap hari menderita sebab internet 3G kat sini selalu ade problem
kang internet jem, tak bleh tengok tv…saat itulah kita akan rindu nak guna ariel tv yang biasa tu..ehehhe..
semakin maju Malaysia.
teruskan dengan lebih laju projek ni
on the way aku nak pergi low yat tadi pun, aku tengok dah melambak billboard pasal ni, lagi-lagi dekat Federal Highway..besar punya billboard diorang letak, harap murah sikit, kalau harga lebih RM 300, jangan harap la orang ramai nak beli..tak berbaloi tu..
tapi, aku harap murah la.
Singapore yang maju pon nak ditch ADSL pasal max speed is 32Mbps…..
nih yang tech class 3?
Biasa la malaysia…lambat sket bab2 tech nie…xleh banding ngan s’pore
hoho, lambat skit pun takpa. leh aku keje dlu. hehe, baru ada kos nak ambik hsbb ni. hehe
Cepat cepat lar HSBB ni masuk area rumah aku. Tak sabar rasanya nak merasa connection yang lajuu!!
lama dah tunggu HSBB ni.laju internet sekali
dengan tengok tv.huhu….
Tapi kalau pakej masuk sekali dengan IPTV, kurang kurang paling murah mesti RM200 ke atas… Kopak la aku nanti.
aku guna p1 1.2 Mbps
laju jer
main online game smooth
youtube flow