08Jan

ImageShack Memperkenalkan Rekabentuk Baru

Web 2.0

Siapa yang tidak mengenali perkhidmatan hos imej percuma, ImageShack. Terkini, mereka memperkenalkan antaramuka yang serba baru dan lebih menarik berbanding sebelumnya, selain memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru pada halaman web mereka.


Antaramuka Baru ImageShack

Melalui antaramuka dan rekabentuk serba baru ini, bahagian untuk memuat-naik media telah diubah daripada bahagian kanan ke bahagian kiri. Selain daripada itu, halaman utama ImageShack juga kini mengetengahkan aplikasi untuk iPhone dan juga Toolbar untuk pelayar web, selain mengetengahkan lagi fungsi untuk mendaftarkan diri pada halaman tersebut.

Pada masa yang sama, kini ImageShack memperkenalkan fungsi untuk memuat-naik imej dan gambar secara terus daripada WebCam dengan mudah. Fungsi carian juga diperkenalkan pada laman web tersebut, selain membolehkan para pengguna melabelkan imej dan gambar yang dimuat-naik oleh mereka.

ImageShack juga merupakan pemilih YFrog iaitu salah satu servis dimana URL imej anda yang dimuat-naik akan dipendekkan secara automatik untuk dikongsikan bersama di laman sosial seperti Twitter.

Tips oleh Roslan. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


MyAds - Platform Pengiklanan MySpace
Snowl 0.2 Memudahkan Pengguna Ber-Tweet
Groupsmore Menghampiri 50 Ribu Orang Pengguna
ReachOut - Rangkaian Sosial Tempatan Dengan Pelbagai Nilai Tambah Menarik
Spotify Bakal Memperluaskan Perkhidmatan Ke Rantau Asia

13 Komen

  1. topo pada 08 Jan 2010

    hohoh tak nama beza sangat.. aku pengguna tegar imageshack.. :D

  2. paeh pada 08 Jan 2010

    semalam aku dah tgk. mmg laju gak die upload. antaramuka yg simple dan xberserabut…

    • giono pada 18 May 2010

      bagus kamu buat unplop pakai muka kucing

  3. Mr.Bintang pada 08 Jan 2010

    hehe.. x penah guna.. :D slalu guna kimag.es je… simple..

    • Roslan pada 08 Jan 2010

      aku rase best lagi imageshack bro..huuuu

    • Frantz-Senpai pada 08 Jan 2010

      lagi simple kimag.es
      serabut la imageshack

  4. Ezad pada 08 Jan 2010

    Xpernah guna, nak guna kejap lagi..hehe

  5. bloginformasi pada 08 Jan 2010

    amanz,sorry tanya soalan luar topik. mana lagi okay? letak leaderboard Innity atau letak headbanner atas comment form mcm bro buat?

  6. Anarm pada 09 Jan 2010

    imageshack yg baru ni upload die laju ahh.. aku suke lah..

  7. mesticun pada 09 Jan 2010

    Katak lagi imageshack.

  8. cps.style90 pada 09 Jan 2010

    lame x gune imageshack…. last2 gune time form 4 (2006).. huhuhu…. dh lame kot…


Tinggalkan Komen Anda