Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Tahun ini, dua produk besar diura-urakan akan dikeluarkan oleh Apple. Yang pertama, sudah tentunya berkaitan dengan Tablet Apple yang dinamakan sebagai iSlate, dan satu lagi adalah iPhone 4G atau turut dikenali sebagai iPhone 4.0. Salah satu laman dari Perancis, kini mengura-urakan yang mana versi ke-empat iPhone bakal diperkenalkan pada bulan Mei ini.
Ianya dikaitkan sebagai salah satu cara oleh Apple untuk menarik balik penggunanya daripada beralih kepada Nexus One yang diperkenalkan oleh Google tidak lama sebelum ini. Dan laman Perancis ini mengatakan yang mana versi terkini iPhone bakal dilepaskan pada bulan Mei 2010 kelak.
Pada masa yang sama, Bloomberg pula melaporkan yang mana berkemungkinan besar, versi terbaru iPhone daripada Apple akan diperkenalkan seawal bulan Jun kelak, membawakan fungsi kamera yang lebih baik dan menarik – 5 megapixel, selain membawakan fungsi sentuhan pada casing iPhone seperti mana pada Magic Mouse.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ko tak nak sambar ke satu aman..
tak sabar menunggu ke’gempak’kan dia..
fuh… pas 3G.. 4G plak… pe kah kemantopan yg dibawak pulk kali ni… tp leh pki ke 4G kt Malaysia ni selain Lmbah Klang..?
Mana satu nak ambil ni. Iphone 4G atau Bold 2. Pening kepalaku. Last-last guna E71 ni sampai sudah.
wah, iPhone 3Gs pun tak mampu nak sambar. inikan pula iPhone 4G. ades
x sabar nak tunngu 4g, lambatnye nk keluar…
aku tpaksa postpone nk bli iphone 3gs ni.. lambat betol iphone 4g ni nak keluar..
wahh…haii….pning betul aada saja apple G trbaru….tntu kalut dibuat bagi pamakai apple yang sdang baru trdahulu..tapi inilah canggih yang baru akan brtahan skjap lepas tu ada lagi produk lagi terbaru tahniah apple