Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kesedaran ICT makin meningkat dikalangan para pengguna, dan peluang ini digunakan sebaiknya oleh WeddingKami untuk memperkenalkan servis kad kahwin versi digital. Walaupun mereka telah sekian lama membangunkan prototaip kad kahwin digital, kini, WeddingKami mula beroperasi secara serius dengan menyediakan servis membangunkan kad kahwin versi digital kepada umum.
Menariknya, melalui laman interaktif yang berbentuk kad kahwin digital ini, pelbagai informasi berkaitan boleh dikongsikan bersama, termasuk aturcara majlis, peta ke lokasi yang diintegrasikan bersama Google Maps, galeri gambar, ucapan pengunjung dan sebagainya. Selain daripada itu, WeddingKami juga menyediakan panel kawalan khas untuk para pelanggan mereka, dimana mereka boleh menguruskan laman digital mereka secara terus daripada panel tersebut.
Buat masa ini, terdapar dua pakej khas, iaitu pakej ekonomi dan juga pakej eksklusif, dimana setiap pakej akan dihoskan di internet sehingga 3 tahun lamanya. Kesemua laman dibangunkan menggunakan Flash yang mana kini terdapat dikebanyakkan komputer disebabkan oleh fenomena YouTube. Selain daripada kad digital, WeddingKami turut menyediakan servis untuk mencetak kad kahwin anda. Menarik bukan?
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
good2. tp aku xbape faham function die lagi. xpe. nnt aku selongkar. haha
aku memang respek weddingkami.. bila tengok kad tu terasa cam nak kawen je.. hehehe
bile dh kahwin nanti jemput r aku..leh r makan free..haha..
baru tadi aku tengok website die..memang inovatif cara diorang wat kad kahwin edisi flash ni. Aku tengok pun teruja, nanti kawin boleh tempah dari diorang la. Inovatif dan kreatif..haha
ayoo..
plan 2010 aku, nmpknye ade persaingan
nice ni sahabat tekong punyer ni…office kami pun ade gak..tak nak tunjuk sini? dia nyer projek gak..
memang tekong punya la
nak kawin!
Aslkm,ape khabar semua?nice blogging,.nak rase bagus,jom ke blog saye ni di http://tolongsenyap.blogspot.com ,ok bye,,,….
Mungkin 5 tahun lagi, kad kahwin yg pakai kertas akan pupus…semua pakai kad kahwin digital je … mana tau…
salam semua,
thx amanz mengreview kan website kami
rajin2kan check at least pun 2 minggu sekali sebab kami bakal ada kejutan. tapi kalau tak terkejut tu maaflah he he..
Wahh.. weddingkami! Saya amat tertarik dengan ‘print kad’ derang berwarna pink + hitam. Design yang moden dan lawa. Cool!
Ala-ala Wix je konsep Flash dia. Memang menarik.
wah, ini sudah cukup bagus! Boleh digunakan bila masa dah tiba nanti. Thanks for sharing!
wah, projek menarik ni. nnt aku kawen leh wat satu. hehe
ok jg lagi senang
komen test