Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun mengalami masalah ketika memulakan siaran langsung acara Anugerah Juara Lagu Ke-24 hari ini, mereka berjaya mencapai lebih daripada 18 ribu orang penonton hanya daripada web sahaja. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana kini, internet turut mempermainkan peranan penting sebagai media pilihan pada hari ini.

Tweet Daripada Pihak TV3 Malaysia
Tv3 pada permulaan siaran melalui web menghadapi masalah namun berjaya menstabilkan dan mengikuti rentak pengguna menjelang penamat acara AJL 24. Penonton yang menonton melalui web juga turut meningkat dari masa ke semasa, daripada 4500 orang pengguna pada permulaan, dan terus meningkat sehingga 6000 orang pada pertengahan, dan mencapai lebih 18 ribu orang menjelang penamat rancangan tersebut, sekaligus dikatakan sebagai acara di Asia Tenggara yang paling ramai ditonton melalui web. Namun begitu, hashtag #AJL24 masih gagal tersenarai di Trending Topics pada Twitter.
Mungkin selepas ini, lebih banyak acara akan dipertontonkan secara langsung di web, dan mungkin pihak penganjur perlu terlebih dahulu bersedia untuk menampung lebihan pengguna, memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia yang kini lebih berminat duduk dihadapan komputer berbanding dihadapan televisyen.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tapi streaming tetap problem,kejap up kajap down T__T
wow! gila kentang
Syabas tv3/media prima for innovating, again and again…
x tengok pon.. ahaks!
hehehe….nk try gakj streaming dia…tapi xleh…hahaha..
Aman, aku pun tunggu-tunggu kalau #AJL24 masuk dalam trending topic. Mungkin orang Malaysia tak ramai pakai twitter? Erkk, apa kata kor buat survey. Hehehehe…
18 ribu org kecuali aku…
Multiple exclamation mark? Duh
Aku pun x tgk, sebab ada majlis jamuan besday boss.
tp sempat jugak tgk pengumuman pemenang kt klinik masa mintak cuti MC dan amik ubat demam…heheheh
aku tgk live jew kat kedai mamak..streaming takot buffer la..
ramai giler woo. patut la semput je streaming.
Giler ramai. Kualiti pun jadi la cuma design/layout website tu memeningkan jiwa dan raga..
web tv3 time AJL tu pun lembab semacam jer..aku ngat kena DDOS ker…sekali bandwith ramai guner la…lolz
kalau stream sangkut-sangkut, lebih baik la tgk kat TV jer..hollywood nak buat, malaysia pun nak buat…tapi kualiti tak jage..dah la pakai berukband…kalau HSBB tu satu hal la jugak…hampeh betul..
walaupun aku antara yang ramai mencarut malam semalam, tapi tahniah la tv3….memang tarak masalah kecuali pada awalnya tu…
rugi tak dapat tgk, dalam bus. dgr radio je lah. ades
tak lag ke tgk tak intenet… aku tak tgk pun…klu tau tgk je kat intenet
sdh xdpt tgk live ajl coz keje……….sdh sgt2, tv3 x wat ulangan kerrrrrr
x dpt tgk pun scra livee