08Jan

Lebih 4 Juta Pengguna Facebook Di Malaysia

Google

Umum sedia ketahui yang mana kini, Facebook merupakan laman sosial terpopular di Malaysia, menjadikan laman Yahoo! berada di tempat kedua. Facebook yang dahulunya mencatatkan lebih 3 juta pengguna hanya di Malaysia, kini meningkat lebih 10% menjadikan penduduk Malaysia yang menggunakan Facebook kini melangakui angka 4 juta.


Statistik Pengguna Facebook [via]

Menariknya, sebelum ini pernah dikatakan yang mana peratus penembusan jalur lebar di Malaysia adalah sebanyak 31.4% menjadikan jumlah pengguna dengan internet yang memuaskan pada bilangan lebih kurang 10 juta pengguna daripada 29 juta penduduk Malaysia. Dan pengguna Facebook dari Malaysia yang kini dikatakan seramai 4,236,960 pengguna, sekaligus menjadikan hampir 50% daripada jumlah pengguna aktif internet di Malaysia.

Angka ini dijangka akan meningkat, dengan beberapa promosi kerajaan yang memperlihatkan Facebook di kaca televisyen, disamping pihak polis yang turut menggunakan Facebook pada masa kini.


Lebih 100,000 Pengguna iPhone Di Malaysia
Web Lebih Sosial Dengan Plugin Sosial Facebook
Facebook Mempunyai Buku Telefon Anda?
Aplikasi Google+ Kini Turut Menyokong iPod Touch Dan iPad
Samsung Dan Google Dijangka Melancarkan Nexus Prime Pada 19 Oktober?

34 Komen

  1. Piratz pada 08 Jan 2010

    Ko adalah salah seorang user facebook… haha…
    ramai gak… sume tinggalkan friendster n myspace…

  2. syin pada 08 Jan 2010

    banyak tu…aku termasuk yang keberapa la…hahaha….aman hensem mesti yg mula2 sekali..haha..

    • paeh pada 08 Jan 2010

      faiz kacak nombor 2. haha

    • eina pada 29 Jan 2011

      bnyk btl owh…aku ni dlm yg ke brpa owh…x sangka plak bnyk ni….org bawah umur yg bnyk join mana x nya…sesak la fb oiii…

  3. MediaHehe pada 08 Jan 2010

    Hmm tu lah.. aku pon dah lama tak usha frenster.. kesian awek-awek kat frenster dah tak dapat perhatian dari aku.. =P

  4. megat pada 08 Jan 2010

    mantap! bila ramai orang kita sudah sedar akan kemudahan yang disediakan tapi malangnya ia hasil dari kerja tangan bangsa asing.

    bila kita mahu miliki lama sosial sendiri?

  5. Roslan pada 08 Jan 2010

    facebook lebih mudah..mudah segala-galanya dengan facebook…

  6. ejam pada 08 Jan 2010

    dlm 4 juta tu byk gak id sampah yg main add jer org, asal cari serupa jer add fren…
    apa kejadahnya…haha

  7. Adam pada 08 Jan 2010

    kalo aku delete akaun mesti tinggal 3,999,999 kan? hahahaha

  8. lnux pada 08 Jan 2010

    29 juta penduduk Malaysia tu tahun bila ? penduduk Malaysia tahun 2009 cuma 25 juta orang saja ! dia kira sekali china dool, gagak hitam, nepal, bangla .. sekali kot ?

  9. Frantz-Senpai pada 08 Jan 2010

    nak buat social network sdrik, try phpFox (install script nie kalau pandai)

    http://www.phpfox.com/

  10. sharinginfoz pada 08 Jan 2010

    memang ramai kan…..

    Petrol Tanpa Subsidi-RM2.10????

    Nak Gelak Ke Tak????

  11. kruel74 pada 08 Jan 2010

    Itu sebab nak kena utilise facebook ni for business mcm yang aku buat

  12. ween pada 08 Jan 2010

    I’m one of the millions FB user :)

  13. mi vida pada 08 Jan 2010

    salam..kalau ana pulak yg delete..tinggal 3999998..hehe..
    FB senang,cepat lak tu..sesuai tuk sape2 yg connection slow..macam ana..
    ana pun dh deactivate myspace,friendster,tagged,hi5..haha…gud bye..

  14. buzymovie pada 08 Jan 2010

    facebook terbaek..heheh!!

  15. bloginformasi pada 08 Jan 2010

    Boleh duit ke berfacebook ni selain dari link affiliate?

  16. Taufik SM pada 08 Jan 2010

    facebook ringan cepat dan pantas….. guna AJAX pulak tu…. huhu…..

  17. nameless pada 08 Jan 2010

    dan makin masyuk laa duit masuk kat israel..
    n then perang saudara islam kita di palestin..

  18. pakeri pada 08 Jan 2010

    facebook ni ramai kawan aku ckp jgn main..tu yahudi yg buat..tp aku tgk makin ramai yang main..

    • Fahmishah pada 09 Jan 2010

      Yup! Facebook ini alat untuk CIA mengumpul data. Begitu juga Google. Tapi jangan terlalu taksub dengan sesuatu benda. Dengan Facebook boleh buat kita lalai.

  19. Anarm pada 09 Jan 2010

    aku suke facebook lite.. ringan.. intenet slow pn berdesup je bleh bukak facebook.. huhuu

  20. Shy pada 11 Jan 2010

    tak lama lg malaysia punya laman sosial akan launch dlm tahun nie jugak kot.. semua dalam bahasa malaysia.. skang still sedang di develop oleh programer… harap dapat sambutan..hehhee…tggu… real and nice malaysia sosial networking site..hehe

  21. LaDy pada 28 Jan 2010

    yEpi2,cYa gk pEmiNat FB,..buByEe frNdstEr,..

  22. azzammuddin pada 16 Feb 2010

    hai gadis melaysia…………..

  23. cintagambarpanas pada 10 May 2010

    cam mane nak buat duit kat facebook ni? Pos kan gambar gambar panas, tulis cerita hangat..

  24. GREENgirlz pada 14 May 2010

    ASSALAMUALAIKUMM… lalu kjap jee.. hehe ;’0

  25. giono pada 18 May 2010

    imej dalam facebook harap gambar dri sendiri

  26. hanz pada 15 Jun 2010

    salam..facebook ni utk kgunaan kte gak,so gunakn sebaik mungkin..

  27. Zul_92 pada 06 Sep 2010

    x tahu aku nk ckp ap sbnr yer. .t’lalu ramai sgt nie. . .

  28. shaharuddin pada 01 Nov 2010

    Untuk memanfaatkan facebook sebaik mungkin, saya suka kongsikan satu teknik ygg dinamakan FB NIAGA-Buat web jualan guna facebook.

    Sample FB boleh tgk di http://www.facebook.com/fbniaga


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader