04Jan

Mac OS X 10.7 Di Panggil Clouded Leopard?

Apple

Berita berkaitan dengan tablet Apple sememangnya menarik perhatian ramai sejak penghujung tahun lepas, daripada tekaan nama sebagai iSlate, sehinggalah beberapa spesifikasi mengenainya. Kini, dikatakan yang mana tablet Apple kelak akan menggunakan Mac OS X 10.7.


Dokumen Yang Di Dapati Oleh Pihak PhoneArena [via]

Ini sekaligus memberikan tips pertama kepada pembangunan Mac OS X 10.7 yang mana berkemungkinan akan dikenali sebagai Clouded Leopard. Masih tiada info mengenai aplikasi baru yang bakal disertakan melainkan aplikasi asas pada Mac OS X, seperti iTunes, Time Machine, Quick Look, Spaces, Spotlight, Dashboard, Mail, iChat, Safari, Address Book, QuickTime, iCal, Photo Booth dan juga Front Row.

Clouded Leopard agak menarik didengar, dan berkemungkinan besar, akan mengintegrasikan fungsi perkomputeran awam (cloud-computing), dan sememangnya cloud-computing kini sedang diberi perhatian yang amat luas oleh para pembangun. Namun begitu, ianya bercanggah dengan tips-tips awal, yang mengatakan bahawa Apple bakal menggunakan sistem operasi hibrid antara Mac OS dan juga iPhone OS untuk tablet mereka kelak.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Apple buat masa ini. Buat masa ini, sudah pun diketahui yang mana pembangunan Mac OS X 10.7 sudah pun dimulakan, namun penamaannya masih belum diketahui lagi buat masa ini.


Prototaip iPad Mini Mula Kelihatan?
Pembangunan Windows 8 Beta Semakin Hampir
Aplikasi iPhone FourSquare Kini Turut Membawakan Sokongan Notifikasi
Apple Melancarkan iCloud.com Beta Untuk Para Pembangun
Apple Bakal Melancarkan iPod Touch Dalam Variasi Warna Putih?

10 Komen

  1. mir pada 04 Jan 2010

    aku ada apple mini kat rumah…. not in use… sesiapa berminat boleh contact:: mir.shajahan@gmail.com

    terima kasih…

    • mohdisa pada 05 Jan 2010

      wah, mcm menarik jerk. napa tak guna?

  2. aidi-safuan pada 04 Jan 2010

    ouh…apple cam mahal je compare to others vendor.so tunggu kumpul duit dulu

  3. od3n pada 04 Jan 2010

    buat je sendrik.. 1.5k leh da dpt wat cm mac pro huhu

  4. lazaac pada 04 Jan 2010

    aku masih lagi termangu-mangu guna leopard, lum lepas lagi guna snow leopard, dah nak keluar yg baru nyer… keep it up jer… yeah~

  5. aizuddinmanap pada 04 Jan 2010

    yeah.syok gak tablet2 nih.
    hackintosh xbeh r,hehe

    • od3n pada 05 Jan 2010

      best je hackintosh aq :P

  6. mesticun pada 04 Jan 2010

    Betul ke nak kerjasama dengan microsoft.

  7. azraai pada 05 Jan 2010

    itu codename jer. 26hb nama baru kuar la

  8. mohdisa pada 05 Jan 2010

    dah lama mengidam pc mac ni. bilalah nak dpt sebijik. huhu


Tinggalkan Komen Anda