09Jan

Maxis Sediakan Pakej Untuk Bandwith Tambahan

Lain-lain

Tahun ini kita akan dapat melihat persaingan sengit antara penyedia jalur lebar dalam negara. Namun, masalah utama yang dihadapi oleh para pengguna adalah kehabisan penggunaan bandwith bulanan mereka sebelum tiba hujung bulan. Menariknya, untuk mengatasinya, kini Maxis menawarkan bandwith tambahan pada satu kadar bayaran tambahan.


Pakej Tambahan Yang Di Tawarkan Maxis [via]

Buat masa ini, bandwith tambahan sebanyak 500Mb ditawarkan pada harga tambahan sebanyak RM18 sebulan, manakala tambahan 1Gb pada harga RM28 sebulan. Amat menyedihkan sekali, sekiranya anda melayari laman web, dan melebihi bandwith yang dibenarkan, anda akan dikenakan sekatan, dan akan dibawa ke halaman Maxis meminta anda untuk menambah bandwith.

Adakah pakej tambahan bandwith kelak akan menjadi trend penyedia jalur lebar?


P1 WiMax Di Sabah Sarawak Menjelang Julai 2010
Intel Membeli McAfee Pada Harga $7.68 Billion
TeratoTech Memperluaskan Syarikat Ke Amerika
Celcom Memperkenalkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Mudah-Alih Instanet
Infografik : Trend Dunia Teknologi Sepanjang Tahun 2011

13 Komen

  1. Frantz_amx pada 09 Jan 2010

    bagus! nie yang “nak” dgr nie

  2. topo pada 09 Jan 2010

    sedang berfikir2 gak nak cari wireless broadband ni.. ermmm

  3. lnux pada 09 Jan 2010

    awak mendapat info yang salah.
    $aya percaya awak tak guna maxi$ broadband.

    • aMaNz pada 09 Jan 2010

      erm. harapkan perbetulkan dengan info yang betul.

  4. Afizzat pada 09 Jan 2010

    maxis bt mcm 2 agak membebankan pengguna rasanya..

    http://afizzat.blogspot.com/2010/01/tiada-lagi-unlimited-usage-dalam-maxis.html

  5. sankai pada 09 Jan 2010

    ni yang tak best nie…

    RM18 utk 500mb adalah tidak berbaloi….kalu beli dvd movie cetak rompak yang ada 4gb pun baru 5 ringgit…

  6. cps.style90 pada 09 Jan 2010

    urm….. slama nih aku gune celcom, slalu exceed bandwidth yg dibenarkn… pakej 5GB, tp gune smpi 15GB…. huhuhu… ala, klu dye cut-off separuh line pon, aku x rase effect dye coz rase same jer…. tp yg maxis nih, urm…. mcm agak ‘meringankan’ pengguna…

  7. Anarm pada 10 Jan 2010

    bagus!! bende camni la yg kite NAK.. sucks!

  8. muzamaar pada 10 Jan 2010

    tp tu mcm tk berbaloi jer….byk tol syarat die…sigh…

  9. farahaznil pada 10 Jan 2010

    tp kan..pndpt farah lah…klu dah nama broadband..masalah mmg akan timbul..xkira la mn2 produk pun..sama aje..yg paling best..ialah streamyx..hahha

    http://www.farahaznil.com/2010/01/5-minit-untuk-kisah-en-megatnethayati-dan-fahami/

  10. od3n pada 10 Jan 2010

    gile ape 28rm 1gb. bek angkat p1 yg 99rm ntok 20gb. shuck!!

  11. jan pada 02 May 2010

    aku suka maxis pnya bndwith 18 ringgit sebab murah & line dia x trsekat2 .. tok wan aku di kedah pun guna yg sma wlupun cvorage x da ;-)


Tinggalkan Komen Anda