27Jan

Mimos Memperkenalkan Tablet iDola V2

Gajet

Setelah sekian lama Mimos senyapkan diri, kini mereka memperkenalkan Komputer Rakyat 1Malaysia, atau yang mana dikenali sebagai iDola V2, salah satu PC tablet yang berasal daripada MakCik PC, dan didatangkan dengan perisian Jemapoh, yang boleh digunakan pada komputer meja, notebook dan juga telefon bimbit.


Mimos iDola V2

iDola V2 ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membolehkan Malaysia mencapai lebih 50% penembusan jalur lebar, selain mewujudkan jalur lebar sebagai sebuah utiliti. Buat masa ini, harga bagi iDola V2 ini masih belum ditetapkan lagi, namun, sekiranya tempahan awal melebihi 1,000 buat, harganya mungkin akan menjadi serendah RM900 sebuah.

iDola V2 ini didatangkan dengan kebolehan penuh sebuah PC termasuk RAM sebesar 1GB yang boleh dikemaskini sehingga 2GB, sokongan WLAN dan Bluetooth, serta didatangkan dengan teknologi IPv6.


Nokia Memperkenalkan Nokia E72
Sony Ericsson Menawarkan Hadiah RM100,000 Untuk Pengguna Xperia Play
Jangan Memandang Rendah Kemampuan Nokia (Bahagian Kedua)
Teknologi Thunderbolt Akan Hadir Ke PC Sekitar April 2012?
ZTE Memperkenalkan Dua Peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich Dan Sokongan LTE

14 Komen

  1. iskandar pada 27 Jan 2010

    smart2!

  2. Kila pada 27 Jan 2010

    Nice…

  3. Wan perlis pada 27 Jan 2010

    good job mimos.
    tp x nak la coz x leh main game dan kecik.hehe

  4. Sham Hardy pada 27 Jan 2010

    serius shit aku kenal minah yg belah kiri tuh..

  5. Fahmishah pada 27 Jan 2010

    Windows XP? Tukar’lah Windows 7

  6. bloginformasi pada 27 Jan 2010

    kalau murah berbaloi beli.buat main twitter dan update blog kat rumah best ni.

  7. novatech pada 28 Jan 2010

    size besar
    screen halus
    aku rate 3/10 .. bagi free pun aku godek godek 2 3 jam pastu aku lelong

  8. mohdisa pada 28 Jan 2010

    huh…cam tak menarik jerk. skrin kecik jerk.

  9. Omar pada 29 Jan 2010

    tukar2..guna Open Source..coz guna Windows akan buat harga benda tu mahal..

    nak kata skrin kecik, boleh la, buat macam projek origami dulu “UMPC”, kecik tapi puas gak surf internet..

  10. kapten pada 14 Apr 2010

    centu je mimos leh buat…. tak menarik langsung.. hardware mcmtu boleh carik kat guangzhou

  11. gtz pada 24 Jun 2010

    menarik..cmne nk dptkan bnda ni??

    • aMaNz pada 24 Jun 2010

      ianya masih lagi belum dikeluarkan kepada pasaran umum sehingga kini. namun begitu, saudara/i boleh dapatkan pelbagai pc tablet lain dipasaran, terutamanya iPad daripada Apple.

  12. fared73 pada 01 Sep 2010

    Kalau boleh harga tu kurang kan sikit kalau nak bg semua rakyat mampu guna. RM500 ke bawah mcm India buat.

  13. lot ziezid pada 30 Mar 2011

    menarik n da kelainan cume xbestla lau xda cover dpn


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader