25Jan

P1 Bakal Memperkenalkan Netbook WiMax

Gajet, Lain-lain

Semua sudah sedia mengenali penyedia WiMax terkemuka di Malaysia, iaitu Packet One Networks yang mana lebih dikenali sebagai P1 WiMax. Kini, tidak lama lagi penyedia WiMax ini bakal memperkenalkan netbook yang didatangkan dengan cip WiMax yang diintegrasikan.

CEO P1 Wimax, Michael Lai sendiri telah mengatakan yang mana kini terdapat pembangunan baru pada P1 yang mana mereka akan memperluaskan sokongan WiMax mereka, serta memperkenalkan beberapa gajet WiMax baru pada tahun ini, dan salah satunya adalah netbook yang diintegrasikan dengan cip WiMax. Ianya dijangkakan yang mana netbook tersebut akan muncul di pasaran seawal mungkin, yang mana para pengguna boleh menikmati sambungan WiMax melaluinya dan nikmati sambungan internet berkelajuan tinggi pada komputer mereka.

P1 kini sudah pun mula mendapat perhatian di kalangan para pengguna, dan mungkin dengan memperkenalkan netbook pada harga berpatutan dan juga sokongan liputan yang meluas, mereka berkemungkinan besar akan dapat mendapat menarik minat para pelajar dan eksekutif.


Apple Akan Mengeluarkan Tiga Versi iPad 2?
Dua Telefon Facebook Akan Diperlihatkan Bulan Hadapan
Adakah Hanya Celcom Dan DiGi Sahaja Yang Akan Menawarkan Nokia N9?
Acer Malaysia Menawarkan Potongan Harga RM1000 Untuk 15 Pembeli Pertama Aspire S3
Gambar Pertama Peranti BlackBerry 10 Mula Kelihatan Di Arena Internet

16 Komen

  1. chokilala pada 25 Jan 2010

    agaknya berapa la harga netbook ni eh? kalau harga standard, mungkin ramai la yang berminat kot

  2. Roslan Nazri pada 25 Jan 2010

    netbook muke ceo dia..hehe.. sure ade kaler2 ijau ni..tak pun amik sony vaio tanggal lambang ganti wimax..gagaga..

  3. rafirosli pada 25 Jan 2010

    netbook Samsung Go™ Mint Blue (N310-13GMB) tetap terbaik n hot selling..
    p1 takleh challenge lagi..
    hahhahaah..

  4. zool pada 25 Jan 2010

    Tengok je camne.. Aku pun belum kemampuan lagi

  5. mie pada 25 Jan 2010

    waa..x sbr nih nk tgu!
    ble la nk kuar agknye

  6. syin pada 25 Jan 2010

    hahaha….brp harga ntah….
    Dengan usaha sama HP kot..hehe…

  7. Omar pada 25 Jan 2010

    cip tu tak silap Intel yang buat, cuma diintegrasikan dengan P1, hadoi..makin slow la nanti wimax ni..

  8. mesticun pada 25 Jan 2010

    harga kasi murahlah.

  9. mesticun pada 25 Jan 2010

    sebenarnya intel ada buat pelaburan dalam p1 wimax.
    tujuan utama untuk melaskan rangkaiaan wimax di Malaysia.

  10. Wan Perlis pada 26 Jan 2010

    makin terserlah p1 wimax.
    bila la coverage nak sampai perlis?

  11. mrkaizer pada 26 Jan 2010

    sure mahalnya..

  12. myfr3ak pada 26 Jan 2010

    aku da tau da sapa yg dapat utk running test, for sure la enchek khai. Hahaha

    Pinjam nanti weh!

  13. mohdisa pada 27 Jan 2010

    hoho, cam best jerk. klu mampu kena beli gak ni. hehe

  14. azrin pada 28 Jan 2010

    Netbook yang P1 nak kasi tuh..errm..teruk sangat..seperti yang CELCOM nyer… 16GB static disk jer with ubuntu…

    tak bebaloi sgt

  15. flyguy pada 30 Jan 2010

    azrin, you sure keh?

  16. nurainichan pada 19 Mar 2010

    Saya berlanggan tetapi wimax anda tak boleh guna. Dalam seminggu, hanya tiga kali boleh dipakai sepenuhnya dan selebihnya nak buka satu file pun tak boleh. Saya bayar tak pernah mis. Menyesal membeli produk kamu…………………………!


Tinggalkan Komen Anda