Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini, kita menjangkakan yang mana sebanyak 3 versi pelayar web Firefox bakal menemui kita tahun ini, kini perkara tersebut berubah apabila beberapa laporan mengatakan yang mana Firefox 3.7 akan digugurkan, dan terus ke Firefox 4.0.
Sebelum ini, ianya dikatakan yang mana Mozilla bakal melepaskan Firefox 3.6 pada awal tahun 2010, diikuti dengan Firefox 3.7 yang membawakan serba sedikit perubahan, serta Firefox 4.0 yang membawakan pelbagai fungsi baru. Walaubagaimanapun, kini diperkatakan yang mana Firefox 3.7 akan digugurkan dari pembangunan dan Mozilla akan terus menumpukan perhatian pada Firefox 4.0 selepas melepaskan Firefox 3.6 pada penghujung bulan ini kelak.
Mungkin salah satu tujuan Mozilla berbuat demikian adalah untuk menyusun kembali jadual pembangunan perisian mereka, yang mana kelihatan telah sedikit berlainan dan tidak mengikuti masa yang ditetapkan. Mungkin dengan gugurkan satu versi Firefox, mereka akan dapat tumpukan lebih masa kepada pembangunan Firefox 4.0.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Mana tidaknya.baju sendiri mereka tak boleh basuh.hehee..
firefox tetap jadi pilihan.
kini chrome jadi pilihan aku…hehe
chrome x best…xleh gne idm..hahaha =D
firefox 3.6 penghujung bulan ni.
ecxitednya.
firefox 4.0 mesti mantap gila.
tak mustahil cecah 50 juta download.
sebab2 firefox menjadi pilihan….
*universal (linux pun blh pakai)
*stabil
*extensionnya yg menepati citarasa-DownthemAll(sangat berguan kepada pendownload tegar)
-inbasic auto-shutdown
vote for Firefox
firefox terbaik.. memudahkn keje2 aku..
mungkin dgn menumpukan pada versi 4.0 demi kemantapan mereka. hehe, apa pun kena tunggu dan lihat jerk.
kalau dia dh tumpu pada satu pembangunan ni mesti lagi mantap dan cepat release…Firefox memang pilihan aku,dia,dan awk…