08Jan

Tiada Lagi “Recycle Bin”

Uncategorized

Membuang ikon Recycle Bin pada desktop mungkin merupakan cara untuk menghasilkan desktop yang kemas. Tutorial kali akan mengajarkan anda 2 langkah mudah untuk menghilangkan ikon Recycle Bin dari desktop anda. Tutorial mudah ini telah diuji 5 minit sebelum saya menulis tutorial ini.

Langkah 1 – Melalui gpedit.msc

Langkah pertama ini tidak dapat diaplikasikan pada windows XP home edition. Buka “Run” pada menu Start anda dan taip gpedit.msc.

Kemudian, navigasi melalui entri berikut

user configuration >> administrative template >> desktop

Cari “Remove Recycle Bin icon on desktop” dan klik dua kali (double click) padanya. Pilih “Enable” dan klik pada “apply”. Untuk mengembalikan recycle bin anda seperti dahulu, reset konfigurasi kepada “Not Configured“.

Langkah 2 – Menambah Setting Untuk Recycle Bin Pada Folder Option

Untuk makluman anda, windows XP tidak mempunyai sebarang konfigurasi asal untuk Recycle Bin pada Folder Option. Jadi, kita harus menciptakannya. Bagaimana menciptakannya? Hanya muat turun fail reg di sini. Sila pastikan anda boleh mengaktifkan Regedit anda. Jika anda tidak dapat mengaktifkan Regedit, sila ikuti tutorial dari A-MX StudioZ untuk mengetahui cara untuk mengaktifkan semula regedit.

Jalankan fail tersebut. Abaikan sebarang amaran yang muncul. Buka My Computer, klik pada Tools, lalu klik pada Folder Option dan pilih tab View sebaik sahaja selepas anda aktifkan fail tersebut. Skrol ke bawah untuk mencari entri bertajuk: Hide Recycle Bin icon from Desktop. Klik Apply. Untuk mengembalikan Recycle Bin tersebut, sila Un-Mark entri tersebut dan klik Apply.

Tutorial oleh Frantz (Kay). Nantikan forum baru dengan lebih tutorial daripada kami dalam masa terdekat.


IdeaBuzz Membawakan Liputan Video Untuk Acara Terkini
Cegah Drive Dari Di Ceroboh
Tips Meningkatkan Liputan Wayarles
Kurangkan Saiz Gambar Tanpa Menghilangkan Kualiti Melalui JPEGmini
Kini Anda Boleh Pelajari HTML Dan CSS Melalui Codecademy

19 Komen

  1. farmee pada 08 Jan 2010

    tips yang baguih!

  2. Mr.Bintang pada 08 Jan 2010

    x leh delete camtu je ke?

  3. Azah pada 08 Jan 2010

    aku buat right click>view> unmark show desktop icon..
    hape pon x kuar..
    lagi kemas..
    hoho…

  4. akil pada 08 Jan 2010

    aku sm cam azah..tp tak taw la dlm vista or 7 xde unmark tuh

  5. mipow3r pada 08 Jan 2010

    lepas hilangkan rycle bin kalau delete jd camner…

    • Frantz_amx pada 09 Jan 2010

      x payah delete ke recycle bin.. buat parmanent delete (shift + del )

  6. pakeri pada 08 Jan 2010

    mCm nK haCk je tUtorial ni..Hehehe..lg pon buat ape org nk delete ikon tu..klu terdelete file/folder,cmne nk restore blk?babut la jadinye nnt >_<

  7. Mus pada 09 Jan 2010

    mudah difahami

  8. bojan pada 09 Jan 2010

    xleh deletekan camtu je recycle bin, xcaya try la. tapi klau korang ikut step yg encik amanz bgtau tu baru bleh hlgkn. klau gne wins 7 lg sng masuk. right click desktop>personalize>change desktop icons.

    • Frantz pada 09 Jan 2010

      bukan encik amanz.. sye la..

  9. x-po pada 09 Jan 2010

    oooo cmtu rupanya, baruku tahu..hehe

  10. blinkkky pada 09 Jan 2010

    Takut pelik lah lepas ni…Desktop tak de recycle bin =)

  11. Anarm pada 09 Jan 2010

    nape nk remove recycle bin?

  12. Taufik SM pada 09 Jan 2010

    promote no. handset nampak…. mesti banyak awek yg call kn? haha

  13. Eriyza pada 09 Jan 2010

    Mekaseh tuk tutorialnya. :)

  14. ariefjoe pada 10 Jan 2010

    hhihi

  15. mipow3r pada 10 Jan 2010

    pas tu kalau nk letak balik reycle bin camner pulak nk buat…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader