11Jan

Versi Pembangunan Office 2010 Kini Tersebar

Microsoft

Sama seperti pada pembangunan Windows 7, kini Office 2010 mengalami nasib sama apabila versi pembangunannya yang terkini, iaitu Office 2010 Build 14.0.4730.1007 turut tersebar luas di internet. Dan pada masa yang sama, ianya dijangkakan yang mana Office 2010 RTM akan boleh didapati pada bulan April kelak.


Office 2010 – Word [via]

Office 2010 dijangka berada di pasaran mulai bulan Jun kelak, dan kini pembangunan Office 2010 sedang dijalankan dengan giat. Menariknya, sama seperti Windows 7 tempoh hari, Office 2010 Beta turut mendapat perhatian ramai pengguna, dimana sudah lebih 2 juta orang muat-turunnya setakat ini.


Favicon Bing Mula Kelihatan
Kemaskini Windows 7 Mengambil Masa Sehingga 21 Jam
Windows 8 Membolehkan Pengubahan Pada Skrin Kunci
Avatar Kinect Bakal Dilancarkan Pada 27 Julai?
Microsoft Bersama-sama Mozilla Memperkenalkan Pelayar Web Firefox Dengan Bing

10 Komen

  1. syin pada 11 Jan 2010

    setakat ni tak install lagi office dekat w7 laptop, hahaha….ingat nk cari 0ffice 2010 ni…

    • petrick pada 11 Jan 2010

      aku dapat tahu org Iran bekejesama dgn hackers Russia..
      dan byk org Iran blajar kat Russia ni dasyat2..
      info dari kwn aku yg blajar kat russia

      • syin pada 11 Jan 2010

        kat mana nk cari produk hok org iran tu wehhh…? hahahaa…
        bg link best gok ni…

        • aMaNz pada 12 Jan 2010

          cari kat web torrent. hoho~

  2. Omar pada 11 Jan 2010

    bukan dah lame tersebar ker? kenapa baru update hari ni..tapi aku salute dengan hackers2 Iran..boleh hack server microsoft dan amik full release genuine os tu..2GB tu..

    • aman pada 11 Jan 2010

      nie Build 14.0.4730.1007.

  3. Taufik SM pada 11 Jan 2010

    jom hack produk israel .. haha

  4. mohdisa pada 12 Jan 2010

    aku pun tak cuba lg office 2010 ni. aku nyer beta lingkup plak. word tak leh pakai. tak tau napa. maybe kena download balik. ada lagi ke aman?

  5. Omar pada 13 Jan 2010

    @mohdisa: ko tunggu jer dua-tiga bulan lagi, lepas release kuar, kod download la..lepas tu cari keygen/activater dalam internet

  6. mrkaizer pada 14 Jan 2010

    Microsoft sengaja sebarkan ke ada yg hack dia punyer server.Kalau ikut logik diorang sengaja sebarkan sebab nak dapatkan tester yg meluas..iaitu kitalah kot.Maknanya diorg tak membayar lah kat kita yg jadi tester dia..aku rasa jelah..


Tinggalkan Komen Anda