07Jan

Windows 7 dan Bing Terus Maju

Microsoft

Tahun 2009 merupakan antara tahun yang bermakna untuk Microsoft dimana mereka telah memperkenalkan pelbagai produk baru mereka kepada umum. Antara produk baru yang diperkenalkan, termasuklah Windows 7 dan juga enjin carian Bing yang mana kedua-duanya kian mendapat tempat dan perhatian dari para pengguna.

Windows 7 merupakan salah satu sistem operasi yang telah membuatkan Microsoft mendapat perhatian ramai kembali. Menurut Microsoft, Windows 7 merupakan sistem operasi yang paling pantas jualannya dalam sejarah, dimana jualan PC yang didatangkan bersama Windows 7 meningkat sehingga 50 peratus pada minggu Windows 7 dilancarkan.

Pada masa yang sama, kini, Windows 7 bakal diintegrasikan dan disertakan bersama tablet daripada HP, selain beberapa gajet lain, seperti Sony Vaio L yang didatangkan dengan skrin sentuh sebesar 24-inch, dan juga Lenovo A300 yang mana merupakan antara PC yang ternipis dengan skrin HD seluas 21.5-inch.

Pada masa yang sama, Bing juga semakin meningkat penggunaannya buat masa kini. Sejak ianya diperkenalkan pada bulan Jun lalu, kini Bing sudah meningkatkan penggunannya seramai 11 juta pengguna baru, selain sekaligus meningkatkan pegangan pasaran enjin carian mereka. Steve Balmer, CEO Microsoft juga turut mengumumkan kerjasama bersama HP, dimana mulai kini, Bing akan menjadi enjin carian utama untuk komputer HP di 42 negara.

Untuk tahun ini pula, Microsoft sedang giat membangunkan Office 2010, serta dikatakan akan muncul dengan beberapa PC Tablet, termasuk Courier yang dinantikan para pengguna.


Microsoft Bakal Hentikan Sokongan Beberapa Versi Windows
Windows 8 Beta Seawal Pertengahan Tahun 2011
Pengintegrasian Live ID Pada Windows 8 Membawakan Sokongan Sync
Papan Kekunci Atas Skrin Windows 8 Baru Diperlihatkan
Dell Latitude ST Dengan Windows 7 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

7 Komen

  1. mesticun pada 07 Jan 2010

    Perisian pejabat tu bagi percuma je lah.buat apa nak bayar.
    Microsoft kan dah kaya.

  2. x-po pada 07 Jan 2010

    wah, xsangka bing akan mendapat sambutan hangat

  3. mohdisa pada 07 Jan 2010

    wah, bing dah maju ke? tp kat malaysia aku rasa google lagi mantap. hehe

  4. Zairi Zaidi pada 07 Jan 2010

    Google tatap no 1 di hatiku…

  5. Omar pada 11 Jan 2010

    Bing memang dah maju..siap ada company nak saman Microsoft sebab letak nama search engine to sebagai Bing…

    Search Engine – Bing.com
    Nama Company Penyaman – Bing Information Design Inc.

    camana x kena saman..

  6. azrin pada 15 Jan 2010

    Windows 7 mmg OK..laptop Acer 5570 aku yang dah 3-4 tahun pon boleh load up…takder hal..just need to add ram jer…

    sapa nak Windows 7 ISO file..let me noe

  7. ichigo12 pada 18 Mar 2010

    lol windows 7 ape
    ultimate??
    dh ade dah
    tp yg peliknya aku beli cd windows copy tp biler install dia activated
    haha lucky


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader