28Jan

Windows 8 Pada Tahun Hadapan?

Microsoft

Selain daripada Windows 7 SP1, Microsoft juga pada masa yang sama sedang dalam usaha membangunkan sistem operasi baru yang mana dipanggil sebagai Windows 8. Melalui beberapa data yang terdapat pada internet kini, ianya diperkatakan yang mana Windows 8 bakal muncul seawal pertengahan tahun 2011.


Roadmap Windows 8? [via]

Melalui sebuah dokumen pembangunan yang tersebar di internet, ianya memperlihatkan yang mana Microsoft merancang untuk melepaskan Windows 8 RTM pada Jumaat, 1 Julai 2011. Windows 8 juga dijangka akan disokong sehingga tahun 2016. Selain sistem operasi untuk komputer persendirian, Microsoft juga dijangka akan melepaskan Windows Server 2012 seawal 2 Julai 2012, iaitu lebih kurang setahun selepas Windows 8 dilepaskan.

Walaubagaimanapun, kesahihan dokumen tersebut masih dipersoalkan, dan Microsoft masih tidak memberi sebarang komen ke atas dokumen tersebut sehingga kini. Namun begitu, kita masih sudah dapat ketahui yang mana Microsoft sudah pun mula membangunkan Windows 8 walaupun informasi berkaitan dengannya masih samar-samar buat masa ini.


Microsoft Mendaftarkan Domain Bi.ng
Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui Angka 20,000
Mango Membawakan Integrasi Twitter Dan LinkedIN Serta Notifikasi Sosial Baru
Windows Phone Marketplace Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
Microsoft Mengumumkan Sokongan Windows Phone Marketplace Di Malaysia Secara Rasminya

26 Komen

  1. syin pada 28 Jan 2010

    mesti versi pembaikan kepada windows seven….beberapa kelemahan windows seven telah dikenalpasti…hahaha…

  2. s4m pada 28 Jan 2010

    laa..ye ke ni? ak ingtkn org jer nk men2kn nme windows..

  3. Putera pada 28 Jan 2010

    Peh… nak masuk W 8 dah?

    adeh… baru nak rasa2 kat 7 nie..

  4. Omar pada 29 Jan 2010

    Tunggu jer..Akan datang jugak nanti nih…mungkin time tu seperti yang ramai ketahui Microsoft Office 2015..ntah wujud ke tidak lagi dunia masa tu, sekarang pun dah banyak bencana..

  5. Omar pada 29 Jan 2010

    http://bit.ly/9OdS19

  6. mancai pada 29 Jan 2010

    salam singgah, aku rasa strategi jualan je tu…

  7. Wan perlis pada 29 Jan 2010

    1 Julai 2011…windows seven pun baru lagi.
    hehe xpe asalkan kita puas hati

    • Frantz-Senpai pada 29 Jan 2010

      hahha.. linux ubuntu pown keluar 6 bulan skali.. so, no hal la kowt

  8. budak pada 29 Jan 2010

    Kesah ape dunia wujud ke tak.
    Kita ni wujud lagi ke tak, entah sempat nak rasa entah tidak.
    Wahaha.

  9. Omar pada 29 Jan 2010

    aku ada baca dekat satu website ni, diorang kata..microsoft sekarang kelam kabut nak lancarkan apa-apa software OS dan office sebelum 2013..

    Diorang akan buat apa-apa software dan akan dilancarkan pada 2012 atau 2014. Diorang tak nak ada software yang dilancarkan pada 2013. Kenapa? Jawapan adalah aversion to number 13..bagi masyarakat sana, nombor 13 adalah nombor sial atau malang. Jadi kalau diorang buat apa-apa pada tahun 2013, diorang akan mengalami kerugian…hahaha

    • Frantz-Senpai pada 30 Jan 2010

      mengarut gak microsoft nie.. ader ke percaya mende mengarut tuh?? tawakkal jer la

  10. kwuawka pada 29 Jan 2010

    haha. microsoft ni bukan percaya benda tahyul macam sesetengah org..

    • Anony pada 31 Jan 2010

      @kwuawka…

      apa maksud kau microsoft tak percaya? kau boleh rujuk wikipedia..dan BUKTI dah ada depan mata? kau tengok Microsoft Office 2010

      kenapa dia letak Office 2010 sebagai Office 14 dan bukan Office 13?? …

      kronologi Office:

      Office 2003 = Office 11
      Office 2007 = Office 12
      Office 2010 = Office 14

  11. mohdisa pada 29 Jan 2010

    gilalah, laju plak microsoft bawa keluar os baru ni. betul bersaing dengan linux ni.

  12. akmalhisyam pada 29 Jan 2010

    pergh..
    gile laju nak keluar Windows 8..
    7 pun aku x try lagi..still guna XP..

  13. Ramdzi pada 29 Jan 2010

    apa le yg dorang nk upgrade lagi ye.. berfikir sejenak! hehe.. thumbs up 4 microsoft! ^_^

  14. zool pada 30 Jan 2010

    Asyik upgrade je aku pakai Windows XP gak

  15. Mantra pada 30 Jan 2010

    Aku masih ketinggalan. Guna XP je…

  16. zaiMi pada 31 Jan 2010

    yang windows 7 ni pun aku tak habis explore lagi dak nak kuar windows 8 plak. harap-harapnya memang upgrade la dari windows 7. jangan jadi macam vista plak. windows yang paling sampah.

  17. lazaac pada 31 Jan 2010

    aku masih fanatik guna windows xp… tiada angan-angan dan juga harapan mahu berubah ke windows 7 apatah lagi windows 8 nanti… sbb spec laptop aku yg sungguh menyedihkan… tapi yg best nyer.., aku guna Mac OS X Leopard di laptop tu skrg…

  18. Ery pada 31 Jan 2010

    Yg se7en pn x sempat nak guna.. Dtg plak yg lapan… Adoyaii…

  19. pakwan tempe pada 31 Jan 2010

    hah, tahyul jugak microsoft ni pecaye mnde2 khurafat angka sial 13 tu.

  20. azwan pada 02 Feb 2010

    Vista belum
    Windows 7 pun belum
    masih lagi XP, dah nak keluar Window 8.
    Apa microsoft ni dah tak ada benda nak buat?

  21. azrin pada 02 Feb 2010

    Windows 8 project is HERE-SAY..tak ader kebenaran.
    Yang fakta:

    Windows 2009 (XP_SP3_POSREADY2009) is a streamline for ATM,POS etc…tuh full scale.
    Sapa nak..habaq..aku kasi disk…

    Windows 8 = Server Edition 8… which is quite right.. Grid+cloud+Azure computing techs. x64 and IA64 jer…

    Windows Users= Windows 2014 release. Tablet / Open codecs.

    tuh yang OFFICIAL..dari TECHNET MSDN testing.

    azrin outs!~


Tinggalkan Komen Anda