Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Tahun 2010 ini, Yahoo! bercadang untuk mengubah laman webnya menjadi hub sosial terbesar didunia. Sebelum ini, seperti sedia maklum, Yahoo! telah pun mengintegrasikan Facebook Connect apabila melihat Facebook berkembang dengan pesat, selain kini mereka bakal mengintegrasikan fungsi Friendster pada laman web mereka.
Untuk menjayakan perkara ini, Yahoo! giat membangunkan Yahoo! Updates, yang mana melaluinya, ianya membolehkan para pengguna melihat aktiviti semasa rakan-rakan mereka melalui pelbagai cara, termasuk melalui halaman emel Yahoo!, klien Yahoo! Messenger, serta juga melalui toolbar Yahoo! pada pelayar web.
Pada masa yang sama, kini Yahoo! juga diperkatakan dalam proses mengintegrasikan fungsi untuk meninggalkan komen pada laman-laman milik mereka, seperti Yahoo! News, Yahoo! Finance dan juga Yahoo! Sports. Mungkin, perkara ini juga dapat menyelamatkan kembali MyBlogLog yang dikatakan akan ditutup oleh Yahoo! sebelum ini.
Populariti Yahoo! dilihat makin merudum akhir-akhir ini, apabila ramai yang beralih ke laman-laman yang interaktif, selain Facebook yang memberikan cabaran sengit kepada laman Yahoo!. Kini, kebanyakkan pengguna Yahoo! menggunakan laman tersebut untuk melihat emel mereka, selain menggunakan Yahoo! Messenger yang masih popular dikalangan pengguna.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
semoga berjaya Yahoo!
Yahoo! perlu mencari inisiatif yang lebih kreatif untuk menarik para pengguna dunia sekarang ni…
perkembangan baik ni…pasti memberi persaingan secara baik kepada google….pasti ada sesuatu yang baru google akan kua plak pahni
dah lama aku tak masuk yahoo! tak tau kenapa
hehehe…. yahoo mengambil inisiatif dr web2 social lain…. bgus2…
yahoooooo…… tapi
Yahoo dah lama naik, skrg masa utk naik lagi. X pelah. At least ada persaingan dengan Google. Jgn biarkan Google dan Microsoft Bing menjadi monopoli dlm web.
*** Kalau blh nak develop satu web social yang dimonopoli oleh rakyat Malaysia.
FIKIRKAN BOLEH!
kalau yahoo mau jadi sosial terbesar.. taget aman plak macam mane taun ni?
hehehehe
ni zu ada update skit nk bgtau
http://www.zuwairiaiman.com/blog/divorce-cake
kunjung la
yahoo memg susah nak lawan dgn google.
google terbaik..
apa yg best dengan yahoo adalah ym, emel dan flickr.
best blog amanz.lebih pantas update dari majalah pc.
cun lah.
Life is SweeT
mcam mana nak jd kwan dilaman ini n coth laman