Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
YouTube kini memperkenalkan pemain video yang serba baru yang mana menyokong fungsi HTML5 yang diguna pakai pada masa sekarang ini, yang mana anda boleh mengaksesnya melalui TestTube di YouTube. Pemain video yang menyokong HTML 5 merupakan permintaan yang paling popular dikalangan pengguna YouTube dan kini mereka membawakan fungsi tersebut.
Buat masa ini, para pengguna perlu mengaktifkan terlebih dahulu fungsi HTML5 pada YouTube melalui halaman khas HTML5, yang mana membolehkan para pengguna bereksperimentasi bersama-sama dengan pemain video yang serba baru ini. Melaluinya, para pengguna boleh menonton video YouTube tanpa keperluan untuk memasang sebaran plugin Adobe Flash seperti sebelumnya.
Buat masa ini, para pengguna tida akan dapat melihat sebarang iklan pada pemain video HTML5 ini, selain fungsi skrin penuh masih lagi sedang dibangunkan dan tidak boleh digunakan lagi buat masa ini. Pelayar web yang digunakan juga perlu menyokong fungsi HTML5 seperti pelayar web Google Chrome, Safari 4 dan juga Internet Explorer bersama-sama dengan Chrome Frame.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
apa beza dgn flash bro?
apeda firefox x support lagi… -.-’
firefox baru dah sokong.. ptt la bukak utube rini nampak lain je playernya..
kini aku suka chrome berbanding firefox…..
mana mana pun ada kelebihan memasing
video html5 ni tetap ada buffering kan?
ni la kelemahannya.aduyai
uiks, dah ada HTML5 la plak. aku tak suka streaming jerk. klu aku rasa menarik, aku download je dlu. tgk terus. klu agak tak menarik. delete terus. abis citer. sama je klu korang streaming.
Rasanya senang sikit.tak payah pakai Adober.cuma firefox
bila nak sokong HTML5.