25Feb

AMaxCity Yang Pertama Di Perkenalkan

Lain-lain

Seperti yang diumumkan, AsiaSpace telah pun memperkenalkan AmaxCity mereka yang pertama, iaitu di Technology Park Malaysia, dimana melalui AmaxCity, mereka menyediakan akses tanpa wayar kepada bandar tersebut, yang mana meliputi kawasan seluas lebih kurang 700 hektar.

Ianya dikatakan yang mana AmaxCity kelak akan mengguna-pakai platform teknologi MIMOS WiWi yang mana diperkenalkan sebelum ini. WiWi yang diperkenalkan oleh Mimos merupakan salah satu teknologi pertama di dunia yang mengintegrasikan fungsi WiMax bersama-sama dengan WiFi untuk digunakan dengan mudah.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui berkenaan dengan kadar bayaran yang bakal dikenakan keatas penggunaan servis mereka di Technology Park Malaysia. Menariknya, selepas melancarkan AmaxCity yang pertama, kini mereka sudah pun dalam perancangan untuk memperkenalkan AmaxCity yang kedua.


Domain Dan Pusat Pertukaran Internet ASEAN Bakal Di Perkenalkan
Astro Bakal Memperlihatkan Byond IPTV
HackWeekend Kedua Kembali Pada 10 Disember Kelak - Pendaftaran Dibuka Sekarang
#Info : Pua Khien-Seng - Pencipta USB Flash Drive
Kenny Rogers ROASTERS Memberikan Nafas Baru Untuk Laman Web Rasmi Mereka

6 Komen

  1. hasbulaqill pada 25 Feb 2010

    boleh la try lepas ni :D

  2. mohdisa pada 25 Feb 2010

    dah keluar yerk integrated wiwi ni…ingat tak siap lg…

  3. xflixz pada 26 Feb 2010

    mcm projek hangat2 taik ayam je..we will see… :P

  4. Omar pada 27 Feb 2010

    mengikut jejak langkah P1 dalam mewujudkan bandar wireless Subang Jaya ke?

  5. syukeri pada 01 Mar 2010

    knpe kat terengganu tadok lagi??ish ish ish

  6. lazaac pada 05 Mar 2010

    baik aku pindah sana… best ni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader