25Feb

Melayu Merupakan Bahasa Ke-4 Terbesar Di Twitter

Web 2.0

Melalui suatu kajian ringkas, ianya didapati, Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang paling banyak digunakan dihalaman Twitter, iaitu di kedudukan ke-4, dibelakang bahasa Inggeris, Jepun, dan Portugis. Bahasa Melayu mencatatkan penggunaan sebanyak lebih kurang 6% penggunaan di Twitter.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Semiocast itu, ianya didapati hanya sebanyak 50% kemaskini status di Twitter menggunakan bahasa Inggeris, dan selebihnya menggunakan bahasa yang berlainan yang terdiri daripada lebih 41 jenis bahasa. Bahasa Jepun merupakan yang kedua paling banyak digunakan di Twitter. Perkara ini tidak mustahil, memandangkan Twitter sememangnya menumpukan perhatian pada pasaran Jepun, selain daripada US.

Melalui kategori Bahasa Melayu, ianya terdiri daripada gabungan tweet yang menggunakan Bahasa Indonesia dan juga Bahasa Malaysia, yang mana menjadikannya lebih kurang 6% daripada keseluruhan tweet yang diambil ketika bancian ini dilakukan.


Twitter Di Mana Sahaja Melalui @anywhere
WuuHuu Online Dilancarkan
Kerajaan Melancarkan Portal Pengguna - 1Pengguna.com
Aplikasi FoodSpotting Hadir Ke Platform Windows Phone
Malaysia Kini Merupakan Negara Ke-5 Dengan Pengguna Facebook Paling Ramai Di Asia

12 Komen

  1. Fazreen pada 25 Feb 2010

    Memang sempoi…lepas ni kita cuba buat BM jadi top 1

    • syin pada 25 Feb 2010

      hahaha…saya sokong….kira ramai gak la pengguna melayu termasuk indon dan lain2…

  2. mohdisa pada 25 Feb 2010

    wah, 50% sahaja di kuasai oleh english. memang menakjubkan. ini bermakna byk jugalah pengguna melayu di twitter. hehe

  3. aizuddinmanap pada 26 Feb 2010

    gabungan bhasa indoesia ngan mlaysia.

  4. Info Perisian pada 26 Feb 2010

    pelbagai web dan blog berkaitan teknologi juga sudah banyak berbahasa melayu.
    bahasa melayu juga bakal wujud didalam bahasa untuk komputer kelak.

  5. mipow3r pada 26 Feb 2010

    wow hebat… hebat

  6. mrkaizer pada 26 Feb 2010

    Impian yang akan menjadi kenyataan..

  7. Mohd Alimie pada 01 Mar 2010

    Seingat saya BM pnh jadi bahasa keempat paling banyak dituturkan d dunia..ada kaitan tak ngan situasi kat twitter ni? ;|

  8. pakeri pada 01 Mar 2010

    mmG ramAi pun twitTer melayu kat malaysia ni..hoHohoho..

  9. Greenman pada 12 Mar 2010

    tak kisah lah gabungan melayu dan indon, yang penting ia bahasa melayu juga boleh bersaing di dalam dunia global.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Panduan & Infomasi Mengenai Twitter | MrPiratz[dot]Com
  2. Panduan Dan Informasi Mengenai Twitter | MabzBloggerz [Dot] Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader