17Feb

BlackBerry Memperlihatkan Pelayar Web Berasaskan WebKit

Perisian

Antara pelayar web mudah-alih yang popular adalah sudah tentunya Opera Mobile, selain Firefox for Mobile yang kian meningkat naik namanya. Seain daripada itu, kini, BlackBerry turut memperlihatkan pelayar web mereka yang tersendiri yang mana dibangunkan dengan kod sumber WebKit.

Projek pelayar web ini adalah hasil daripada pembelian Torch Mobile oleh Research In Motion (RIM), syarikat dibelakang BlackBerry pada tahun lepas. Kini, mereka mula memperlihatkan hasil pembelian mereka, melalui pelayar web berasaskan WebKit untuk telefon BlackBerry.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilepaskan kepada umum, namun begitu, prestasi pelayar web tersebut kelihatan amat menarik sekali. Kebolehan untuk zoom dan scrool kelihatan amat menarik, selain ianya turut mendapat markah penuh pada ujian Acid3 sama seperti yang diperoleh Opera sebelum ini.

Kredit : Engadget


BlackBerry App World - Kini Untuk Pengguna Tempatan
Firefox 3.6.4 Membawakan Fungsi Multi-Proses
Nokia Akan Menyokong Symbian Sekurang-Kurangnya Sehingga 2016
Firefox Aurora Terbaru Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
Mozilla Bakal Memperkenalkan Firefox Dengan Antaramuka Metro

5 Komen

  1. aku pada 18 Feb 2010

    boleh tahan laju kat blackberry ni…

  2. zik pada 18 Feb 2010

    smart gak ..nak angkat satu ..hehe

  3. syin pada 18 Feb 2010

    blackberry ke tu…? mcm skrin tv je…hahaha…
    tak terpikir akal untuk mempunyai black berry………….

  4. mohdisa pada 19 Feb 2010

    nak kena rembat satu blackberry ni. hehe

  5. titan pada 20 Feb 2010

    emm..blackberry lagi..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader