Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Umum mungkin sudah sedia mengenali dua penyedia sambungan internet jalur lebar yang sedia terkenal di arena tempatan ini, iaitu Celcom Broadband dan juga P1 WiMax. Namun, masalah yang sering wujud adalah yang berkait dengan pemilihannya. Di sini, kami membuat sedikit perbandingan, memudahkan anda membuat pilihan penyedia yang menepati citarasa anda.
Secara asasnya, P1 WiMax dan juga Celcom Broadband, kedua-duanya mengenakan bayaran sebanyak RM100 untuk pendaftaran, dan akaun anda akan aktif dalam masa kurang 30 minit daripada pendaftaran. Kedua-dua penyedia memberikan masa kurang seminggu untuk membolehkan anda menguji rangkaian dan boleh menutup akaun tersebut dalam tempoh tersebut, dan segala duit anda akan dipulangkan.
Celcom Broadband
Seperti sedia maklum, Celcom Broadband merupakan penyedia rangkaian 3G, dan oleh kerana itu, setiap pendaftaran disertakan dengan modem 3G secara percuma. Ketika saya mendaftarkan akaun Celcom Broadband saya dulu, modem 3G ini diberikan secara percuma dengan komitmen selama 24 bulan, namun begitu, kini ianya dikatakan diberikan secara percuma tanpa sebarang komitmen. RM100 yang dibayar terlebih dahulu ketika pendaftaran itu, akan ditolak pada bil bulanan yang pertama.
P1 WiMax
Berbeza dengan Celcom, P1 WiMax pula merupakan penyedia rangkaian 4G ataupun yang mana lebih dikenali sebagai WiMax. RM100 dikenakan ketika pendaftaran akaun baru, selain anda akan diberikan sebuah modem khas untuk digunakan oleh anda. Modem ini diberikan kepada anda secara percuma dengan komitmen selama 24 bulan, dan akan dikenakan penalti, sekiranya anda menutup akaun anda dalam tempoh kurang 24 bulan. Menariknya pada P1 WiMax adalah dimana anda akan diberitahu melalui SMS apabila akaun anda telah diaktifkan.
Dengan pendaftaran Celcom Broadband dan P1 WiMax, anda akan diberikan sebuah nombor telefon peribadi, yang mana ianya dikhaskan dan berlainan bagi setiap pengguna.
Celcom Broadband
Celcom Broadband yang disediakan oleh Celcom Axiata Sdn Bhd menggunakan nombor telefon dengan awalan 019 sama seperti perkhidmatan mudah-alih mereka. Namun begitu, kepenggunaan nombor telefon tersebut adalah berlainan mengikut pakej. Melalui pakej asas, anda hanya boleh menggunakan fungsi SMS sahaja, manakala melalui pakej 98, anda boleh menggunakan fungsi SMS dan juga panggilan suara.
Namun begitu, caj yang dikenakan adalah amat tinggi, iaitu 50 sen bagi setiap SMS yang dihantar. Selain daripada itu, fungsi lain seperti Facebook Via SMS dan Twitter Via SMS tidak boleh digunakan melalui akaun Celcom Broadband ini.
P1 WiMax
Packet One Network pula memberikan nombor telefon bermula dengan awalan 03 sama seperti telefon rumah dan pejabat yang didaftarkan melalui Telekom Malaysia. Menariknya, mereka juga menyediakan pakej penggunaan, iaitu P0, P30 dan sebagainya, dimana setiapnya mengenakan caj yang berlainan dan didatangkan dengan minit panggilan yang berbeza. Pakej asas P1 didatangkan dengan P0, membolehkan para pengguna menerima dan membuat panggilan kemana-mana talian pada kadar 18s en seminit.
Kedua-dua penyedia ini membolehkan anda menggunakan perkhidmatan mereka dimana-mana kawasan yang diliputi oleh rangkaian mereka.
Celcom Broadband
Seperti sedia maklum, Celcom sudah pun meliputi seluruh Malaysia dengan rangkaian Celcom mereka. Namun begitu, hanya beberapa tempat sahaja yang mendapat liputan 3G secara menyeluruh. Namun begitu, pada kawasan yang tidak terdapat liputan 3G, anda masih boleh melayari laman web melalui liputan EDGE dan juga GPRS.
P1 WiMax
P1 pula masih dalam proses membangun, dan kawasan yang diliputi oleh mereka amatlah sedikit buat masa ini. Namun begitu, dalam perancangan tahunan, kini mereka menjangkakan untuk meliputi lebih banyak kawasan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Sekiranya anda merupakan seorang yang gemar untuk berjalan, maka P1 WiMax bukanlah pilihan yang sesuai untuk masa kini.
Oleh kerana kedua-dua penyedia ini menggunakan frekuensi yang berlainan, ianya tidaklah wajar untuk dibandingkan kelajuan mereka berdua (Celcom Broadband menggunakan rangkaian 3G, manakala P1 WiMax menggunakan 4G). Walaubagaimanapun, kadar kelajuan yang disediakan oleh kedua-dua pihak ini adalah berdasarkan kepada lokasi tempat anda dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, melalui penggunaan saya di kawasan Rawang, ianya didapati, Celcom Broadband berfungsi dengan lebih pantas buat masa ini. Mungkin kerana rumah saya berjarak lebih kurang 50 meter daripada kawasan liputan P1 WiMax.
Melalui pakej paling asas, Celcom Broadband menyediakan kelajuan sehingga 384kbps pada kadar RM68, manakala P1 WiMax menyediakan kelajuan sehingga 400kbps pada kadar RM49 sebulan. Namun begitu, kedua-dua penyedia memberikan kelajuan yang lebih pantas daripada apa yang dijanjikan mengikut masa dan lokasi ianya digunakan.
Kedua-dua penyedia mengenakan had penggunaan untuk pakej mereka. Pakej paling asas oleh kedua-dua penyedia ini mengenakan had penggunaan sebanyak 5Gb sebulan. Sekiranya anda melebihi had penggunaan, kadar kelajuan anda akan disekat. Namun begitu, anda masih dapat melayari web dan internet.
53 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bg aku, aku lbh ske celcom sbb modem dia kecik je cam pendrive..kalau wimax, modem bsr gedabak..malu aku nk bwk gi mana2..hehe
kan ada Wiggy..
Tak boleh malu kalau nak maju, eceh tetiba je
info yang sangat baguh untuk mereka yang sedang blur memilih ISP. tapi pada aku amat mementingkan khidmat pelanggan yang bagus.. keduanya bagus.. cuma P1W1max lebih menyelah dalam melayan karenah pelanggan melalui twitter. buat masa ni P1 adalah services yang pertama melayan pelanggan menggunakan twitter seterusnya followup ke talifon pengguna. yang lain pulak menyusul kemudian. bukan nak puji.. sebab kebiasannya aku akan selamber badak jer kutuk kalau ade problem.. kalau dah bagus.. kirenye sedikit tips dan penghormatan perlu diberikan.
bukan tu je…live chat kat website dorang pun bagus!
kat area aku pun masih lagi sipi sipi je dapat liputan wimax… kena tggu strong baru nak guna.. heee
aku pun… tggu P1 sampai ke umh aku dlu.. baru bley gune.. hehe..
Aku menggunakan kedua-dua servis ni.. P1 pakai kat ofis.. Celcom pakai kat rumah dan merata tempat..Celcom ni akan jadi slow bila malam sebab ramai pengguna Celcom online time tu..
P1 ni plak kalau laju memang berdesup.. Kalau datang hangin slow ni rasa mcm nak kena hempas je.. Selalunya akan jadi slow lepas lunch hour.. Im not sure why.. Yg best P1 ada bg Wiggy dgn prepaid Rm100 hari tu kat aku secara percuma.. huhu
Kesimpulannya aku guna P1 dgn Celcom ni atas nasihat technician TMnet sendiri.. Line TMnet ni katanya tak selamat.. Senang kena hack dgn org dalam dan juga luar.. Maknanya diorg boleh guna line kita dgn percuma..
Yup..line TMNET ada yang tak selama, especially kalau orang tu tak ubah default password modem dia dan boleh diakses menggunakan port scanner..
Aku sendiri pernah buat port scanning dan jumpe macam2 password streamyx dalam modem/router pengguna. Benda ni agak bahaya coz modem tu boleh diremote dari jauh..especially yang menggunakan modem RIGER dari TM
baru2 ni ada dengat celcom tawarkan pakej broadband bayar RM50 bulan2 untuk student. macam menarik, tapi tak jumpa info yang sahih.
Aku pernah guna celcom dan sekarang aku guna P1 Wimax…tapi aku rasa Celcom ni agak tak best..antaranya sebab:
- Rapidshare kena sekat
- P2P takleh guna (kena customize sikit)
- Beberapa website takleh masuk (tak tau la apa problem)
tapi bagusnya Celcom sebab dia portable.. dan sekarang aku agak berpuas hati bila guna P1 Wimax, walaupun aku duduk dekat Shah Alam dan signal hanya 40-60%, tapi berbaloi aku bayar Wimax ni..laju jer..
ade software tuk enable-kan rapidshare nih… ko try le cari..
emm..utk rs,leh je gne..celcom is the best !
Gunakan Ultra Surf
Celcom ni time ramai user gune.. asyik2 terputus2 jer.. adoi -.-’
aku memang teringin nak pakai wimax, tp ekonomi aku tak stabil lg. celcom broadband memang aku dah tak suka dari mula lagi, sebab rangkaian dia tak stabil. lagipun dah terlampau ramai org pakai sebab murah dan pakej yg diberikan kurang memuaskan. buat masa ni aku pakai maxis broadband yg berkelajuan 7.2mbps..kira ok la tu. hehe, tunggu dah keje, pakai wimax or hssb terus.
celcom broadband sux and always be.
aku ada 2 akaun celcom broadband. satu tu aku guna kejap, pastu tak bayar, tapi bil dia tetap jalan…lagipun dia ikut coverage..bukan semua tempat 3g dia ok…
off topic ckit… aku tak sokong dua2 sbb aku suka DiGi Broadband… cool… connection stable ngan menyedut dgn lancarnya… saya mesti pilih!
aku suke pakai streamyx..sbb leh hack gne acc org.hehehe
aq sokong!haha
aq pn sokong wakaka…, dude let’s have some nerd people xD
aq pn sokong wakaka…, dude let’s hack some nerd people xD**
buat masa ni guna berukband celcom.. ok la
Aman, selain Celcom dan P1, ada yang lain kan. Kau tak review semua sekali ke? Baru ada pilihan.
aku pkai maxis broadband.. area rumah aku coverage utk maxis je yg bagus2.. celcom, sipot.. P1, takde line lg.. digi, tak penah try.. izzi pon tak penah try
mahu aku cuba.tapi takut tak laju.
tunggu dululah.
ak suka celcom sbb selama ak pakai jarang buat prob dan tiap2 hari ak download boleh lepas 300kbps .. celcom best..huhu
Hang guna package basic atau advance?
Aku prefer pakai DiGi la…mmg bagus dan terbaik..cuma coverage dia cuma tak meluas lagi..
Murah dan laju..
Biasala tu.. masing2 ada kelebihan & kekurangan…
Nih man..banyak yang salah sangka… modem ZTE HuaWei K3565 (TAMPON) memang slow. kena selalu tukar APN dan kalau nak selaju streamyx kena guner package RM98 tuh..
tak bayar RM148 commitment sebulan untuk blackberry service…tuh memang laju…
dah test.. kater je celcom limit 5Gb tak enforce pon
aman kenapa tak bandingkan dengan maxis jugak?
had penggunaan maksudnya bandwitdh kan.
lamanya kontrak dgn p1..2tahun tu.
P1 ada kontrak setahun, tapi kena bayar duit modem RM 199..
amanz tak nak bandingkan dengan maxis sebab kalau tak silap aku, dia guna celcom dengan P1 jer..
aku guna celcom berokband kat melaka lajusje hidup celcom
Untuk jangka masa panjang, aku lebih sarankan teknologi wimax daripada 3g… tapi pandai pandailah pilih provider yang sesuai.
yup..untuk jangka panjang dan juga sebagai alternatif kepada jalur lebar, anda disarankan menggunakan Wimax..tapi kalau ada yang lagi bagus sepeti Fibre optic (FTTx) dan HSBB, disarankan menggunakan HSBB
p1 wimax Wiggy tak support linux.
p1 wimax penipu. Di pejabat pos tempat tiada coverage p1 ada borang daftar p1 wimax melalui pos malaysia !.
p1 dgn amax modem tidak kompatible.
Pilih pakej ikut kemampuan ya =P
Betul ke P1 pakai 4G? WiMax is an upgrade version of WiFi. WiFi liputan kecil, WiMax liputan lebih luas. Setakan yg aku tau, WiMax tidak pula dikenali sebagai 4G. lagipun, teknologi 4G ni sedang diuji di Korea dan japan, so Malaysia sebagai pengimport ‘proven technology’ rather than “technology innovator” tak mungkin ada 4G lebih awal.
aku syg gler kt p1 wimax coz diorg kasi aku kejer…dpt pakai tenet free….terima kasih P1!!!!
lin, keje kat green packet ker?
P1 Wimax pilihan saya. Celcom Broadband pun ok jugak tapi tgk kawasan. Ada tempat laju ade tempat lembab.
“Walaubagaimanapun, melalui penggunaan saya di kawasan Rawang, ianya didapati, Celcom Broadband berfungsi dengan lebih pantas buat masa ini. Mungkin kerana rumah saya berjarak lebih kurang 50 meter daripada kawasan liputan P1 WiMax.”
Maksuk anda bila jarak makin dekat dgn kawasan liputan P1 WiMax, akan jadi lebih perlahan??
celcom nie pas aku gne software bru laju… huhu.. leh cpai 500 ke ats tp x slalu la… boleh tahan la…. murah
Dua-dua jangan pakai kenapa:-
1- Celcom – Hari raya sudah (2009) selapas hari raya kedua 3 hari tak dapat buat call keluar dan masuk kalau broadband lagi la, sampai diorang keluarkan mohon maaf kat mainstream news paper, maaf?? aku tak dapat call family aku time raya lagi nak maaf? aku plan nak dalam masa terdekat talian Celcom aku.
2-P1 Wimax – dah lebih setahun tak ada apa2 perubahan, cakap maintenance 6 jam tapi jadi 48 jam, kalau orang yang buat kerja menggunakan internet gugur rambut kawan, aku bayar p1 Wimax tak miss tapi lepas diorang selalu miss (dalam 30 hari 10 hari buat hal) aku pun miss bayar la, pasal issue contract ahh peduli sama hitam putih.
Untuk penduduk sekitar lembah kelang aku sarankan digi stabil sangat sekarang ni (mungkin user tak ramai lagi)
ah penin pale nak wat pilihan..ade kawan bleh tolong x..celcom bb aku xleh connect..xtau watpe..ye tulih erro 619:A connection to the remote computer could not be established…pah ceroh dok men gtu…baru jdi sahari skang ni surf sucribe ngan maxis rm6 24h semate2 nak mitak tolong..ke ye block sebab aku dok bayor 2 bln…2nggu bil ye xsampai2…aku ingat sblom ye jadi g2 speed ye tibe2 jadi laju xpnah lg dapat speed 1mb lebih…happy ngat….sedut movie2 pastu tutup buka plak n then skang dah mamposss…xleh connect dah
ak tgh gne p1 wimax skrang…bgi ak p1 ni ok ler…line x prnh ptus….ak amik pakej 400kbps jer tp download speed ak spai 600kbps(sometime jer) biase dlam 380-410 ler….mmg best…tp satu je krang..ak slalu overbandwith…speed lam 100-200 jer
Kalau wimax untuk letak kat rumah ok la. Tapi bagi yang nak bawa ke
tempat kerja or kemana aje…..pastinya broadband lagi mudah…kecik je
kan boleh masuk poket…
Saya dah guna P1 WiMax sejak Mac2009 dan saya happy dgn nya. Connection stabil dan speed pun boleh tahan. Tips saya kepada sesapa yg nak guna P1 WiMax, pastikan anda tahu lokasi basestation. Halakan modem anda ke arahnya.
Aku pernah guna P1 Wimax, pas seminggu guna langsung xder signal. Time beli bukan main promoter bgtau area taman daya,JB coverage bagus. Hampeh! pastu cuba pakai plak Celcom BB. bayar bulanan RM48. Cap download 1G. Ingatkan maksudnya download apa2 software ker, movie ker, rupa2nya bukak webpage pun dikira download. xsampai sebulan Cap dah over. skang dah slow giler…. tengok camner nnt pas byr bil pertama….
wiMaX nie aku pelik la..
aku duduk kolej, daftar wimax kt alor setar kedah..
tapi, BILER BAlik KAMpunG AKU ( seLAYang TU.. BUKAN taraf kampung, besar lg dari alor setar)…
tak boleh plak nk akses..
aku duk pasang modem wimax gabak tu dekat satu hari… tapi lip-lap lampu merah dia jer.. sbb per ha..????
TlnG aku…. !!!
Celcom Berukband sucks!!! Aku dok Nusajaya di pinggir Bandaraya Johor Bahru tapi > 95% connection dalam GPRS. Selow giler. Apa barang? Lain ler kalau aku dok kat Ulu Tembeling ka logik la dapat GRPS mode.
Hoi Celcom! Aku subscribe line 3G bukan nyer GRPS…. dasar penipu! hakkkkthuih
saya pakai P1 WIMAX YG MODEM LAME…
SKARANG DA SLOW..
KALAU DYE LAJU,LAJU SGT..KALAU DYE SLOW,SLOW SGT2
HUHU…
BAB KELAJUAN TU MALAS LA NAK CITE
KALAU TAK BAYAR MMG LA SLOW KAN??HAHAHA
LG2 RAMAI YG SUDAH MENGGUNAKANNYA..LG LA SLOW..BTOL TAK?