05Feb

CSL Bakal Membangunkan Tablet JooJoo

Gajet, Lain-lain

Mungkin semua sudah mengenali akan pembuat telefon bimbit tempata, iaitu CSL (Commitment Service Loyalty). Menariknya, kini, melalui kerjasama mereka bersama dengan Fusion Garage, mereka bakal membina PC tablet yang dikenali sebagai JooJoo.


Tablet JooJoo

JooJoo dikatakan merupakan projek asal TechCrunch yang mana dahulunya dikenali sebagai CrunchPad. TechCrunch telah pun memfailkan saman ke atas Fusion Garage.

JooJoo bakal membawakan skrin yang lebih besar jikalau dibandingkan dengan tablet Apple iPad, selain sistem operasinya yang serba ringkas dan mudah. Buat masa ini, masih tiada perancangan untuk menyokong aplikasi yang boleh dimuat-turun seperti pada iPad, sebaliknya, JooJoo bakal menyokong animasi Flash, tidak seperti Apple iPad.

Buat masa ini, masih tidak diketahui lagi harga bagi setiap unit JooJoo. Namun begitu, Fusion Garage telah pun mula mengambil tempahan awal pada harga $499 dan tablet JooJoo yang pertama dijangka muncul seawal hujung Februari ini.

CSL yang sebelum ini sering dilabelkan sebagai pembuat telefon bimbit yang menyerupai Nokia dan Blackberry, kini mungkin boleh menidakkan tuduhan tersebut, selain bakal menjadi pembuat PC tablet yang pertama di Malaysia, selain Mimos. Sama-sama kita ikuti perkembangannya.


Berita Teknologi Malaysia Sepanjang 2008
Video : Proses Pemasangan HSBB Oleh TM
Intel : Cip Pemprosesan Tablet dan Telefon Pintar Akan Tiba
Infografik : Perbandingan Antara Bill Gates Dan Steve Jobs
Portal Web Berkaitan Kebebasan Suara Bakal Dibangunkan

10 Komen

  1. Omar pada 05 Feb 2010

    yeah..Malaysia boleh..

  2. topo pada 05 Feb 2010

    ape kes semua nak buat tablet ni? adeh

    • aMaNz pada 05 Feb 2010

      Tahun 2010 = Tahun Tablet (International)

      Tahun 2010 = Tahun Jalur Lebar (Malaysia)

  3. beliamuda pada 05 Feb 2010

    CSL ni syarikat malaysia rupanya.. ingatkan syarikat daripada China…

  4. shahrinabd pada 05 Feb 2010

    yeah! makin hari makin maju. Yang untungnye, kite customer. Bila pasaran semakit update and banyak persaingan, harga makin murah dan semakin moden.

    aku hanya menunggu the right time

  5. mohdisa pada 05 Feb 2010

    hoho, cantek. inilah boleh dikatakan persaingan hebat. gogo malaysia. :)

  6. Frantz-Senpai pada 05 Feb 2010

    amanz.. typo –> telefon bimbit tempata –> tempatan

  7. nyum nyum pada 09 Feb 2010

    opsss…

    yg aq dgr2, CSL bukannya “membangunkan” tablet ni. diorang cuma jd manufacturing partner je, errr.., assembler ntuk tablet ni, ala2 company Hon Hai Precision.

    lgpun percent yg diorg amek kecik je, brape percent je (single digit).

    (tu pun kalo problem fusion garage ngan techcrunch dpt setel, x pun diorg buat tak tau je. brani gak CSL ni, hohoho…)

  8. safar pada 11 Feb 2010

    janji murah.aku angkat je.

  9. zhamaish pada 11 Aug 2010

    JooJoo idaman ku… sejak mula d perkenalkan….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader