Facebook Bakal Menyediakan Khidmat Emel?
Selepas melancarkan antaramuka yang serba baru sempena dengan ulang tahun Facebook yang ke-enam, kini beberapa ura-ura mengatakan yang mana Facebook bakal melancarkan khidmat emel berasaskan web kepada para pengguna mereka tidak lama lagi.
Ianya dikatakan yang mana, projek tersebut dikenali sebagai Projek Titan oleh para pekerja Facebook, yang mana melaluinya, mereka ingin memperkenalkan emel berasaskan web, serta juga fungsi sembang yang dipertingkatkan memandangkan fungsi sembang sedia ada pada laman Facebook tidak menarik minat para pengguna.
Ianya juga dikatakan, yang mana Facebook bakal memperkenalkan sekali fungsi POP3 dan juga IMAP, membolehkan para pengguna mengakses emel Facebook mereka secara terus melalui desktop. Menariknya, alamat emel itu kelak dikatakan akan menggunakan URL pilihan anda, sebagai contoh, sekiranya URL pilihan anda adalah Facebook.com/AmanFirdaus, maka alamat emel anda kelak akan menjadi amanfirdaus@facebook.com.
Sebelum ini, MySpace pernah memperkenalkan fungsi emel pada laman mereka, dimana menggunakan alamat @myspace.com. Mungkin dengan pengenalan emel Facebook, ianya bakal menjadi antara penyedia emel terbesar, memandangkan seramai 400 juta kini menggunakan Facebook.
16 Komen
betul ker ni bro ?
adeh.. lagi banyak la spam nnt kalo ada email @facebook.com.. cisdel..
betul tu bro!!
aku tgk projek titan. teringat titan earncent blog. kekeke
innovasi tanpa henti..hoho..
ades
kuat la lepas ni menyepam kt wall aku
huh
aman.. aku nak tanye apa sebenarnya dimaksudkan dengan projek titan ni. pasal it site aku pon kalau buat projek mega.. sure pakai code projek titan. boleh tak buatkan satu article pasal projek titan ni macam mane datangnye idea nama Projek Titan ni? thanks~
yahoo tetap di hati ku..hehe
Hotmail, Yahoo & Gmail juga tetap di hatiku
wah.. masalah2… mesti pasni aku dalam dilemma nak pilih email
Microsoft Exchange tetap juga dihatiku
lepas ni gmail ngan yahoo plak kena tinggal… mcm fb wat kat friendster ngan myspace dulu… uhuk…uhuk… :p
aku lagi suke gmail kot…hu
Jangan ade kos sudah………………
ini yg ditunggu2. hehe, best2. tp takut byk spam plak. ades
Semakin dahsyat facebokk ni… oh hoi