Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Facebook hari ini telah pun membeli sebuah syarikat Malaysia, iaitu Octazen Solutions, yang mana menyediakan kemudahan untuk mengimport senarai hubungan dengan mudah, yang mana selalunya digunakan pada laman sosial untuk menjemput rakan-rakan melalui emel.
Ianya dikatakan, Facebook membeli Octazen adalah bertujuan untuk memiliki kebolehan dua orang pembangunnya, yang mana kini sudah pun menyertai Facebook sebagai pekerja di Facebook. Octazen sebelum ini membolehkan para pengguna menjemput rakan-rakan mereka untuk turut menyertai sesuatu servis itu dengan hanya mengisikan nama pengguna dan juga kata laluan, dan seterusnya menghantarkan emel jemputan kepada mereka dengan mudah.
Laman sosial sering menggunakan fungsi ini untuk memperbanyakkan pengguna mereka, selain memudahkan pengguna sedia ada menemui rakan-rakan mereka dengan mudah. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui apakah yang bakal disumbangkan oleh dua orang ini kepada Facebook, memandangkan fungsi tersebut sudah pun sedia terdapat pada Facebook.
Ianya masih tidak diketahui berapakah nilai yang dibayar oleh Facebook untuk memiliki Octazen. Pada masa yang sama, Octazen juga mengumumkan penutupan servis mereka, yang mana mereka tidak lagi akan menerima sebarang kontrak baru. Info lanjut di halaman rasmi Octazen.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah, semata-mata untuk dua pekerja, satu syarikat kena beli.
fuyo.. giler dasat 2 orang tu.. rakyat Malaysia ke?
komen sket.. ehem.. dalam kamus dewan bahasa melayu, x ada perkataan “ianya”..
wohh
hebat kut sampai dibeli satu syarikat!
2 org tu
sapa agak2nya
join contest jom
ada masa lagi ni
hee
hoho, mantap la budak malaysia tu. cayalah.
ni sebab dia: http://www.allfacebook.com/2010/02/facebook-octazen-acquisition/
ramai pula yang pertikaikan kemampuan syarikat ni…
Assalamualaikum, bila agaknya.syarikat malaysia nak
beli facebook.
pergh semakin berkembang
wah.. semakin agresif nampaknya facebook ni.. sampai syarikat kat Malaysia ni pun dia nak beli..
Kekayaan facebook memang terselah, huhuhu =d
fuhh……..memang dasyhat laaa…kaya gila facebook…
dah tu amanz.my bila nk nak kerjasama dengan facebook ni…? hahahaaha…
tak pun beli je fb tu…lagi mantop…
hebat!
dahsyat gile.
ni memang betul-betul talented.
tahniah octazen.com
Malaysia boleh..hehe.
Facebook’s database can be accessed by CIA…so, juz imagine what will happened next??
Forgot to mention: i bet all of facebooks acc. holders didn’t read the very very long TERM AND AGREEMENT part..haha..be ready u guys..
so?
my info are made public anyway..
and.. as long i cause any trouble and mess up with CIA.. WHY should i worry?. XD