05Feb

Facebook Mula Memperkenalkan Antaramuka Baru

Web 2.0

Setelah dinanti sekian lama, kini Facebook sudah pun mula memperkenalkan antaramuka laman mereka yang baru kepada para pengguna. Ianya kini diperkenalkan secara berperingkat, dan seramai lebih 80 juta pengguna sudah pun mula menggunakan antaramuka yang baru ini.

Halaman Profail Pada Facebook
Halaman Profail Pada Facebook

Pembangunan antaramuka ini telah pun dilakukan sejak bulan Oktober yang lalu, dan kini daripada seramai 400 juta pengguna Facebook, seramai 80 juta orang sudah pun dapat menggunakan dan merasai antaramuka Facebook yang serba baru ini. Ianya akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dari masa ke semasa.

Melalui antaramuka yang baru ini, pautan notifikasi diletakkan dibahagian atas, selain kotak carian yang kini diletakkan di tempat yang lebih strategik, mengalakkan para pengguna menggunakan fungsi carian Facebook.

Selain daripada itu, fungsi memuat-naik gambar dan imej juga telah diperbaiki berbanding yang sebelumnya, menjanjikan prestasi yang lebih baik. Fungsi sembang masih dikekalkan lokasinya seperti sedia ada.

Pada masa yang sama, pemilik Facebook, Mark Zuckerberg turut menjanjikan yang mana syarikatnya akan memperkenalkan sesuatu yang baru setiap bulan mulai bulan depan, membolehkan para pengguna akan kekal pada laman sosial tersebut.


Facebook Mencapai Angka 500 Juta Pengguna
Facebook Kini Membolehkan Kemaskini Profil Dihantar Ke Akaun Twitter
Halaman Facebook Upin & Ipin Merupakan Salah Satu Halaman Popular Sepanjang 2011
Diskaun.my Bakal Memperkenalkan Sokongan Kedai Atas-Talian
Komuniti Pengguna Waze Malaysia Kini Bergiat Lebih Aktif Lagi

21 Komen

  1. topo pada 05 Feb 2010

    hohoho takdelah banyak sangat perubahan interface.. harap function makin bagus la…

  2. cps.style90 pada 05 Feb 2010

    huhuhu….. sabar menanti….

  3. aini pada 05 Feb 2010

    lebih kurang je.. =)

  4. aktechpage.com pada 05 Feb 2010

    hmmm…x perasan plak FB interface baru, tgk sama jee…

  5. asx pada 05 Feb 2010

    asal ko sorg je dpt nh? ish2 .

  6. Richie pada 05 Feb 2010

    damn.. apsal aku tak dpt lagi nih.. aku punyalah setia.. mybe aku tak delete akaun mspace aku lg kot

    • paeh pada 07 Feb 2010

      xde kena mengena kot weh. aku rase ko xdelete friendster kot. hahaha

  7. Wan Perlis pada 05 Feb 2010

    semakin kaya brader Mark Zuckerberg.
    kurg minat fb.hehe

  8. Iskandar pada 05 Feb 2010

    sape yg baru nk register tue.. nnti akan guna interface baru nie.. kalo yg dah lama tue.. mungkin ada di update. ehehhe
    sabor yerrr

  9. mohdisa pada 05 Feb 2010

    hoho, nampak cam menarik dan ringkas. tp akan mungkin akan menjadi masalah pada pengguna yang internet dia slow. hehe

  10. Ramdzi pada 05 Feb 2010

    aku punya page maintain yang lama lagi.. huhu..

  11. keiroro pada 05 Feb 2010

    aku lagi suka yang lama.

  12. TMUkmkd pada 05 Feb 2010

    so userscript la apa lagi :D
    kasi patah balik jadi lama haha

  13. azrin pada 05 Feb 2010

    Aku benci laman baru nih.

    azrin @ http://azrin.info

  14. Taufik SM pada 05 Feb 2010

    aman dh lame join fb memang die dapat dulu perubahan itu…huhu…. :)

  15. mesticun pada 06 Feb 2010

    lambat nak berubah ni.kenapa?
    setia ke curang ni.

  16. Mus pada 06 Feb 2010

    perubahan yang ditunggu-tunggu

  17. asx pada 06 Feb 2010

    hahaha . komen kat sini , trus dapat.

  18. aizuddinmanap pada 06 Feb 2010

    ok gak r yg baru nih

  19. syin pada 07 Feb 2010

    la patut la aku yg jarang masuk fb ni, bila dah lama xmasuk, asa mcm lain je fb…tanye kawan fb…semua mcm nak tak nak gtahu fb dah tukar wajah…hahaha… dalam hati mesti kat amanz.my ada cerita punya…hahaha…

    tekaan tak meleset…buka amanz.my, pastu jumpa entri ni…hahaha…terbaekk….!!!

  20. ejam pada 08 Feb 2010

    aku nyer dh dpt pada hari mereka menyerahkan kpd 80juta org pertama tu…hehe
    seronok rasanya dpt jd yg terawal…tp tak aktif mana pun…


Tinggalkan Komen Anda