10Feb

Firefox 3.7 Alpha 1 Menguji Enjin Gecko 1.9.3

Perisian, Sumber Terbuka

Dengan Firefox 3.6 yang dilepaskan pada bulan Januari yang lepas, ianya memperlihatkan yang mana Mozilla sudah pun memulakan pembangunan bagi versi terbaru pelayar web popular mereka, Firefox. Terkini, melalui pelayan FTP mereka, para pengguna sudah boleh mula memuat-turun Firefox 3.7 Alpha 1.

Walaubagaimanapun, versi Firefox 3.7 Alpha 1 ini hanyalah untuk tujuan pengujian enjin Gecko 1.9.3 Alpha 1. Tiada sebarang sokongan diberikan untuknya, dan para pengguna biasa diberi amaran oleh pihak Mozilla supaya tidak mencubanya kerana ianya masih tidak stabil. Gecko 1.9.3 ini membawakan pelbagai perkara dan fungsi yang baru yang mana akan digunakan dalam pembangunan pelayar web Firefox yang akan datang.

Antara perkara baru dalam Gecko 1.9.3 adalah seperti sokongan WebGL, dan animasi pada SVG, serta sokongan transasi CSS. Firefox 3.7 Alpha 1 ini adalah bertujuan untuk menguji terlebih dahulu enjin Gecko 1.9.3 Alpha 1 ini.


Maxis Movies Diperkenalkan Untuk Pengguna Android
Microsft Melancarkan IE6Countdown.com
Platform Mudah-Alih Baru - Aliyun Akan Menyokong Penuh Aplikasi Android
PhoneGap Memudahkan Pembangunan Aplikasi Untuk Pelbagai Platform
HP Menyumbang webOS Kepada Komuniti Sumber Terbuka

1 Komen

  1. mohdisa pada 10 Feb 2010

    laju gak firefox ni. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader