Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau ada Google Labs untuk Google dan TestTube untuk YouTube, Facebook pula ada Facebook Prototype. Sebelum ini, Facebook telah memperkenalkan prototaip untuk memuat-naik imej yang lebih pantas, yang mana telah pun diintegrasikan pada Facebook kini, dan kini mereka sedang menguji prototaip baru, yang mana membolehkan para pengguna melihat gambar dan imej dalam bentuk slideshow.

Kebolehan Untuk Melihat Imej Melalui SlideShow
Melalui fungsi baru ini, para pengguna boleh memilih pilihan untuk mainkan sebuah album secara automatik tanpa perlu menekan butang seterusnya atau sebelumnya. Ini, sekaligus memudahkan seseorang pengguna melihat keseluruhan album dengan lebih mudah lagi. Walaubagaimanapun, buat masa ini, masih tiada pilihan untuk membuatnya memainkan secara skrin penuh, atau tetapkan perbezaan masa dan sebagainya.
Memandangkan, kini Facebook merupakan antara laman perkongsian imej yang terbesar, fungsi ini mungkin serba sebanyak membantu dan ditunggu para pengguna. Anda boleh mengaktifkan fungsi slideshow ini atau menyah-aktifkannya dengan mudah melalui halaman rasmi prototaip berkenaan. Nampaknya, seperti yang dikatakan Zuckerberg, selepas ini, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai perkara baru pada Facebook dari masa ke semasa.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
laju ke tak slide tu akan bergerak…? hahaha…mesti lembab punye….
tngok secara satu baru bestt……
kurang penting aku rasa fungsi ni
FB lately semakin berat..tu yg tak best
berat tu aku rasa disebabkan kita punya talian internet kita yg ‘terlampau laju’.
FB makin mantap sebab tu makin glamour
semakin lama, semakin berat, semakin macam myspace dan itu akan buat tak best..
jarang nak tgk pic org ni. tp better guna yg biasa jerk. mudah untuk berkomen. hehe
jarang berfacebook, buat pun sbab nak usha dak2 skolah lame, cmne rupe dh dewase. hoho