• Google Bakal Memperkenalkan Produk Sosial Terbaru

    Boleh dikatakan sudah sekian lama Google tidak melancarkan produk baru mereka. Kini, ianya dikatakan, yang mana Google bakal melancarkan suatu fungsi sosial yang serba baru esok, dimana beberapa ura-ura awal mengaitkan ianya sesuatu yang berkaitan dengan GMail dan rangkaian sosial.

    Buat masa ini, info-info awal berkaitan dengan produk baru Google ini masih samar-samar. Beberapa laman melaporkan yang mana melalui produk baru ini kelak, Google bakal mengintegrasikan sekurang-kurangnya dua daripada produk mereka, dan memudahkan penggunaan media dan kemaskini status.

    Ada beberapa pihak yang membuat spekulasi dimana GMail bakal memperkenalkan sebuah Stream seperti pada Twitter, sekaligus membolehkan para pengguna berkongsi gambar dan video, masing-masing melalui Picasa web dan juga YouTube. Walaubagaimanapun, ianya merupakan spekulasi awal dan masih tiada kenyataan rasmi daripada Google. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Google esok.

9 Komen

  1. Erk on 09 Feb 2010

    facebook selalu jadi persaingan bagi Google sekarang.. haha

  2. Jockey on 09 Feb 2010

    Google Map Buddy ke?

    • Jockey on 09 Feb 2010

      goggle stream?

  3. Jockey on 09 Feb 2010

    google live

    • Jockey on 09 Feb 2010

      lantak la google apa pon…

  4. google on 09 Feb 2010

    google google >..<

  5. FaisalReza on 10 Feb 2010

    salam, bro pagi tadi Google dah lancarkan Google Buzz… web social terbaru… tapi masih tak dpt masuk lagi pasal ramai sangat yang tgh nak join…

  6. safar on 10 Feb 2010

    ppppsssstttt rahsia mana boleh beritahu orang lain.

  7. mohdisa on 10 Feb 2010

    ni pasal google buzz tu ke?


Tinggalkan Komen Anda