27Feb

Google Bakal Mengemaskini Halaman Utama Mereka?

Google

Google sedia diketahui dengan inovasi daripada hari demi hari. Kini, ianya dilihat dimana Google sedang mencuba antaramuka dan fungsi baru pada hasil carian mereka, dimana hari ini, beberapa pengguna dapat melihat bentuk baru hasil carian diperlihatkan, dan beberapa fungsi tambahan yang baru.


Google Kini Memperlihatkan Lokasi Pengguna [via]

Salah satu fungsi barunya ialah dimana Google kini memperlihatkan lokasi anda pada halaman keputusan carian mereka. Ianya sedia diketahui yang mana tahun 2010 ini geolokasi mendapat perhatian ramai pihak, dan Google merupakan salah satu daripada mereka. Mungkin ianya dikenal pasti mengikut alamat IP, dan berkemungkinan besar, hasil carian yang diperlihatkan telah disesuaikan dengan lokasi kita, memudahkan kita mencari sesuatu maklumat dengan mudah.

Selain daripada itu, yang terbaru adalah pautan Updates pada carian Google, dimana melaluinya ianya memperlihatkan kemaskini masa-nyata daripada beberapa laman sosial, termasuk Twitter, Facebook, dan MySpace.


Carian Masa-Nyata Pada Google [via]

Ianya masih belum pasti lagi bilakah Google akan memperkenalkan antaramuka yang baru ini, dan mungkin ianya akan mengalami perubahan demi perubahan lagi berdasarkan maklumbalas daripada para pengguna.


Chrome OS Bakal Menyokong PC Tablet?
YouTube Menampilkan Rekabentuk Baharu
Google Chrome Turut Mendapat Kemaskini Logo
Google Maps Kelak Akan Memaparkan Pemandangan Didalam Bangunan
Twitter Mengambil-Alih Teknologi Dan Pasukan BackType

20 Komen

  1. safar pada 27 Feb 2010

    kalahlah Bing dan Yahoo.lambat sangat bertindak.

  2. cps.style90 pada 27 Feb 2010

    huhu…. mnunggu ketibaan GUI baru

  3. TMUkmkd pada 28 Feb 2010

    tak kisah la. asal mudah aku nak search :p

  4. pcboxsearch.com pada 28 Feb 2010

    bagus

  5. Omar pada 28 Feb 2010

    jgn jadi berat cam MSN dah la

  6. zuwairiaiman pada 28 Feb 2010

    mengharapkn google yg terbaik

  7. pr67am pada 28 Feb 2010

    x pun..google mmg dh terbaekkk!

  8. Arnain pada 28 Feb 2010

    haha…. baru cool cket..

  9. Wan Perlis pada 28 Feb 2010

    google memg mantap.tak blh nak kata apa dah

  10. Polis Angkasa Gaban pada 28 Feb 2010

    pape pon Google memang terbaeeekkkkk tahap gaban punyerrrr!!

  11. fitri pada 28 Feb 2010

    erm, xmngkn dpt kalahkan yahoo kot.

    http://fitridzulkifli.blogspot.com

  12. xflixz pada 28 Feb 2010

    kahkahkahkah..bungkus la bing ngan yahoo nanti..

    i love google.

  13. AmangZizi pada 01 Mar 2010

    Benda ni dah lama dah….. ingat ke apa tadi masa baca RSS..bazir bandwidth je….

  14. Mohd Alimie pada 01 Mar 2010

    Walau apa pun, stakat ni takde lagi yang bleh tawan Google dari hatiku..hehe

  15. mohdisa pada 01 Mar 2010

    memang da best lah google ni. :)

  16. zik pada 01 Mar 2010

    vote google!!!

  17. InfoPerisian pada 01 Mar 2010

    bakal dinobatkan enjin pencarian terbaik untuk tahun 2010…
    tahniah google…maju kehadapan.

  18. Luth Textile pada 01 Mar 2010

    hebat. tak sabar nak tunggu. senang la nak cari itu ini

  19. mancai pada 01 Mar 2010

    aku rasa google memang sengaja buat lambat pasal mangkaji kelemahan pesaingnya… menarik gak yang terbaru ni

  20. uca pada 12 Mar 2010

    Rasanya hari ni google dah buat pembaharuan minor di laman search mereka.


Tinggalkan Komen Anda