18Feb

Google Calendar Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

Google

Google Calendar mungkin tidak begitu popular, namun begitu, ianya tetap mendapat perhatian daripada pihak Google. Kini, laman TechCrunch memperlihatkan beberapa antaramuka baru Google Calendar yang mana dikatakan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Daripada antaramuka yang diperlihatkan, perubahan yang tampak adalah amat minimum, namun begitu, antaramuka yang baru ini nampak lebih moden dan menarik, selain lebih menyerupai aplikasi web Google yang lain.


Antaramuka Google Calendar Yang Baru [via]

Sebelum ini, kita turut mendengar yang mana Google Apps bakal memperkenalkan antaramuka baru, yang mana lebih menyerupai antaramuka Google Wave, namun masih tiada sebarang perkembangan sehingga kini. Mungkin kerana ramai mengatakan yang Google Wave berat dan sebagainya, membuatkan Google masih was-was untuk memperkenalkan antaramuka menyerupai Wave untuk semua aplikasi web mereka.


Pautan G1 Pada Muka Utama Google
Google Wave - Kolaborasi Masa Nyata Lebih Mudah
Versi Pembangunan Chrome 8.0 Bakal Muncul
Butang Google +1 Akan Diperkenalkan Kepada Semua Pembangun Web
Google+ Memperkenalkan Akaun Yang Disahkan Untuk Selebriti

5 Komen

  1. Omar pada 18 Feb 2010

    dah macam Microsoft Exchange jer..

  2. hazman aka species1980 pada 18 Feb 2010

    hmmm….. tak penah guna pun calendar nie…

  3. mancai pada 19 Feb 2010

    aku dah lama pakai google calender ni amat2 membantu… perubahan baru? wah lagi baik… setakat ni masih belum berubah lagi…

  4. Wan Perlis pada 19 Feb 2010

    hehe x pernah menggunakan google calender..
    google calculator pun x pernah guna lagi

  5. mohdisa pada 19 Feb 2010

    aku jarang menggunakan google calendar ni. kena cuba jugalah ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader