17Feb

Google Menderma $2 Juta Pada WikiMedia

Google, Web 2.0

Melalui suatu tweet yang dilakukan oleh pemilik WikiPedia, Jimmy Wales, ianya didapati yang mana Google telah pun mendermakan sebanyak $2 juta pada WikiMedia Foundation. Walaubagaimanapun, kenyataan rasmi oleh pihak WikiMedia bakal dikeluarkan esok.

Umum mungkin sedia maklum yang mana WikiPedia merupakan antara web yang popular di internet, dimana ianya menjadi rujukan kesemua pihak, selain menjadi ensiklopedia dalam talian yang amat berguna. Google sebelum ini pernah cuba untuk melakukan perkara sama, dengan memperkenalkan Google Knol, namun ianya tidak begitu berjaya seperti WikiPedia.

Selain daripada WikiPedia, WikiMedia juga turut mempunyai beberapa projek lain, seperti Wiktionary, WikiSource, WikiQuote, WikiBooks dan banyak lagi. Awal tahun ini, ianya dikatakan WikiMedia telah pun mendapatkan kutipan sebanyak lebih kurang $8 juta daripada penggunanya, dan ianya tidak dipastikan samaada $2 juta daripada Google ini dikira bersama atau pun tidak. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak WikiMedia esok. Mungkin ada sesuatu yang menarik menanti kita.


Churp Churp Bakal Ubah Cara Beroperasi
Dr Rozmey Bakal Melancarkan dRbook Pada 15 Mac
Laman Sosial Komuniti Bola Sepak - Foozy Bakal Dilancarkan Dalam 12 Hari Lagi?
Facebook Bakal Memperkenalkan Iklan Pada Bahagian News Feed Pada 2012
Twitter Mengaktifkan Sokongan HTTPS Untuk Semua Akaun

3 Komen

  1. mohdisa pada 17 Feb 2010

    banyak gila duit google. bilalah dorang nak derma kat aku plak. hehe

    • lol pada 20 Feb 2010

      Pehal plak drma kat nko? nko bknnya buat ape pon klu google drma kt nko, apalanko nie, org lain yg lbh memerlukn pon google x derma, ni kan plak blogger yg biasa mcm nko , lollllllll!!!!!!!!!! lainla mcm laman web bguna like wikipedia ke ape ke, hehe

  2. Omar pada 18 Feb 2010

    takkan Microsoft ngan Apple diam jer..support la sikit wikipedia..mana la tau kalau Encarta boleh masuk share dlm wikipedia.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader