10Feb

Google Mengintegrasikan Buzz Pada GMail

Google

Seperti yang dinantikan, hari ini, Google telah pun melancarkan servis terbaru mereka, iaitu Google Buzz, yang mana mengintegraikan secara automatik fungsi rangkaian sosial yang diminati ramai pada GMail dan laman Google yang lain.

Menariknya, pada Google Buzz, anda tidak lagi perlu menambah kawan seperti pada rangkaian sosial yang lain, sebaliknya ianya akan ditambah secara automatik berdasarkan kepada siapa anda menghantar emel melalui GMail. Pada masa yang sama, ianya mengintegrasikan beberapa sumber laman lain seperti daripada Picasa dan Twitter, dan anda boleh menentukan samaada anda ingin membuat perkongsian itu kepada umum atau kepada beberapa pihak terpilih sahaja.

Pada masa yang sama, Buzz diintegrasikan pada Inbox GMail, dimana anda boleh menerima semua kemaskini Buzz dalam bentuk thread yang tersusun, salah satu fungsi yang dicari-cari pada Twitter. Sama seperti Facebook, Buzz membolehkan anda berkongsi gambar, video dan pautan pelbagai laman web dengan mudah.

Google boleh dikatakan selalu gagal apabila ianya melibatkan rangkaian sosial. Sebelum ini, mereka telah mencuba memperkenalkan beberapa fungsi sosial seperti Jaiku (yang menyerupai Twitter), dan Google Wave, yang sudah menghilang kepopularitiannya sekarang. Walaubagaimanapun, masih terdapat Orkut yang masih digunakan dibeberapa negara, dan mungkin dengan pengenalan Buzz ini kini, ianya mungkin mengubah segala-galanya.


Contacts Pada GMail Diberi Nafas Baru
Google Memperkenalkan Voice Actions Untuk Android
Laman 1Malaysia.com Digodam
Antaramuka Pembangunan Awal Ice Cream Sandwich Di Perlihatkan
Google Mematikan Sokongan Untuk Aplikasi GMail Untuk BlackBerry

20 Komen

  1. Roslan Nazri pada 10 Feb 2010

    mantaps ar google..aku mmg pki gmail..best of the best email.huhu

  2. MediaHehe pada 10 Feb 2010

    Kepala tengah pening.. Aku tak paham.. haha

  3. hydir pada 10 Feb 2010

    baru je gunakan tapi masih tak paham lagi ..
    follow2 org lain dulu .. :)

  4. mr.eims @ perfume pada 10 Feb 2010

    eheh..itu ler..
    aku pagi tadi pun tergezut apabila login gmail. ditanya mengenai buzz!

    just on jer.. nway.. pendapat aku,
    makin banyak ler tempat2 untuk diupdate status sekejap lg. :p
    maybe berguna bagi individu yang selalu menggunakan gtalk,

  5. Maya pada 10 Feb 2010

    Google boleh dikatakan selalu gagal apabila ianya melibatkan rangkaian sosial.<— aku stuju sebab bagi aku google dah macam2 ada, aku lebih prefer guna new produk. Tapi google Buzz ni leceh nak guna.

  6. Taufik SM pada 10 Feb 2010

    aku jarang bukak gmail…so x berapa khatam bab pasal ni….hoho…. apapun gua mahu cuba buzz ni….

  7. FaisalReza pada 10 Feb 2010

    dari pagi tadi test nak switch Gmail ke Google Buzz… x dpt2… blm sampai turn lagi laaa.. x best btl

  8. Kreuger pada 10 Feb 2010

    thanks aman tadi tak sempat nak check tweet.
    aku dah install yang mobile application.
    nampak macam best jer buzz mobile application.
    tapi aku tak berapa nak paham lagi. katenye lepas ni
    depa nak integrated dengan twitter eh? huhuhu best betoi
    sebab aku pakai data pakage.

    P/S: aku tak jumpe pon buzz dalam gmail tuh. kat mane eh?

  9. mohdisa pada 10 Feb 2010

    menarik abis, aku baru sahaja mencubanya. gmail da best la. :P

  10. myadlan pada 10 Feb 2010

    gmail memang best.. masih menanti kehadiran buzz…

  11. syin pada 11 Feb 2010

    setakat ni aku xberapa faham lagi dgn google BUZZ!!! ni…hahaha
    google wave pun tak reti mana….hehe..

  12. titan pada 11 Feb 2010

    yup. aku ada nampak menatang buzz tuh..

  13. naz pada 12 Feb 2010

    setakat ni aku seronok ngan google buzz, ala ala friendfeed gitu, bleyh komen post mbr2. hoho

  14. safar pada 12 Feb 2010

    pagi ni aku dah mula nampak.
    pada akaun gmail aku.memang berbeza.

  15. nazmie pada 12 Feb 2010

    sebenarnye lahirnye google buzz mengelirukan bagi sesetangah pihak. Klu ia berbentuk rangkaian social nape tak buat dalam orkut sahaja. upgrade je Orkut tu dengan menambah services google buzz ini ke dalam Orkut. Leh saing dengan FB. Ini pendapat saya jelah…. heheheh…..

    To be frank, best juga google buzz nie…….. tapi rasa pelik nape buat integrasi dalam Gmail. nak buat kelainan ke PakCik Google?

    • zuls pada 15 Feb 2010

      aku rasa google is working hard nak jadi player dalam social media ni.. buzz adalah salah satu usaha terkini :)

  16. anak malaysia pada 12 Feb 2010

    aku dh try..memang best la google BUZZZ nie..BUZZZ…BUZZZ..
    hehehe.. :) senag aku buat promosi setiap kali aku buka email.. :)

  17. aberbir pada 18 Feb 2010

    mcm nok nok join buzz..nmpok ok,,tp x brapo paham..la..pening skikit….bolih tolong???

  18. azy pada 09 Dec 2011

    camne nak guna…xboleh post pun…

  19. eims @ emas pada 20 May 2012

    Google buzz tak mendapat sambutan sangat. coz twitter lg digemari
    Google cuba pula dengan google plus tapi sekarang masih orang prefer FB


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader