16Feb

Google Menguji Topik Hangat Pada Google News

Google

Selepas pelancaran Google Buzz yang mana lebih kurang seperti Twitter dan juga Facebook, kini Google sedang dalam usaha merekabentuk semula Google News. Menariknya, ianya bakal diintergrasikan dengan fungsi Top Stories, seumpama dengan fungsi Trending Topics pada Twitter.


Antaramuka Dan Kedudukan Fungsi Baru [via]

Melalui fungsi Top Stories, para pengguna dapat ketahui berita yang popular dan menjadi carian para pengguna sepanjang hari. Untuk melihatnya, para pengguna perlulah log masuk ke akaun Google terlebih dahulu. Selain daripada itu, rekabentuk baru ini juga menyertakan kebolehan untuk mengubah-suai Google News mengikut lokasi mahupun kategori dengan mudah.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah merupakan beberapa perkara awal yang bakal diperkenalkan dalam rekabentuk baru Google News kelak. Google masih sedang dalam eksperimen dan masih menguji rekabentuk baru ini, dan mungkin lebih banyak perkara baru akan diintegrasikan bersama padanya.


Google Lancarkan GMail Mobile 2.0
Google Profiles Memperkenalkan Pautan Peribadi
Goo.gl Kini Dibuka Kepada Semua Pengguna
Android 3.0 Pada Bulan Mac 2011 Kelak?
Google Menguji Rekabentuk Bar Bahagian Atas Yang Serba Baru - Memfokuskan Carian

4 Komen

  1. mohdisa pada 16 Feb 2010

    wah, cambest jerk. lagi mudahlah nak dapat berita yang lebih tepat kalau camni.

  2. amerwafiy pada 16 Feb 2010

    waa..nak kena try ni..

  3. safar pada 17 Feb 2010

    baca berita selalu pakai yahoo dan msn.

  4. KNizam pada 17 Feb 2010

    dah lama aku tunggu pasal ni


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader