15Feb

Google Menutup Fungsi Auto-Follow Pada Buzz

Google

Google Buzz yang mana diintegrasikan pada GMail sememangnya menimbulkan persoalan berkenaan dengan privasi seseorang, dan ini telah mengakibatkan Google mengambil tindakan drastik dengan menutup fungsi auto-follow pada Google Buzz, dan mengantikannya dengan auto-suggest.

Sebelum ini, Google Buzz pada GMail menggunakan fungsi auto-follow, dimana ianya membuatkan para pengguna secara automatik mengikuti dan diikuti para pengguna yang biasa mereka emel, menjadikan data-data peribadi mereka diikuti oleh mereka-mereka yang tidak disenangi. Menyedari masalah tersebut yang melanda para pengguna, Google mengambil langkah awal dengan menukarkannya menjadi auto-suggest, dimana para pengguna diberikan pilihan untuk mengikuti seseorang itu.

Selain itu, sebelum ini, akaun Picasa dan Google Reader juga disambungkan kepada akaun Google Buzz secara automatik. Kini, fungsi tersebut juga telah ditutup oleh Google. Walaubagaimanapun, langkah Google bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan privasi ini mungkin dapat menyelamatkan sebilangan besar pengguna yang masih belum menutup akaun Google Buzz mereka.


Pelayar Web Rasmi Google Pack Kini Adalah Chrome
Kini, Lebih 29 Tema Chrome Disediakan Oleh Google
Pra-Lihat Dokumen Google Docs Pada GMail
GMail Meter Membolehkan Anda Mengetahui Statistik Dan Penggunaan Akaun Emel Anda
Google Memperkenalkan Permainan "Zerg Rush" Pada Enjin Carian Mereka

7 Komen

  1. Lan Bingka pada 15 Feb 2010

    bagusla tu. memang tak rasa nak guna google buzz masa mula2 tengok ari tu. habis semua org tahu…

  2. zuls pada 15 Feb 2010

    paling tak setuju dengan kaedah yahoo dan google yang senag-senang jer mengsosialkan aplikasi diorang..

  3. mohdisa pada 16 Feb 2010

    bagus2, pandai pun. ini melibatkan privasi org. huhu, auto suggest is better. :)

  4. Zairi Zaidi pada 16 Feb 2010

    sampai ke hari ni tak paham2 jugak apa fungsi google buzz ni

  5. Maya pada 16 Feb 2010

    Dari auto follow biasanya ada yg bijak gunakannya untuk spam email.

  6. safar pada 17 Feb 2010

    ake sembang dengan mak we.pun
    orang dah tahu.malu aku.

  7. anak malaysia pada 17 Feb 2010

    baguih2…blh jaga privasi kita semua..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader